Viral

Tahap Kesihatan Isteri Kurang Baik, Daddyhood ’Step Down’ Dari Aktiviti E-sukan - “Perkara Ini Lama Dia Rahsiakan Sebab…”

Asyikin Mayudin
01/07/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Tahap Kesihatan Isteri Kurang Baik, Daddyhood ’Step Down’ Dari Aktiviti E-sukan - “Perkara Ini Lama Dia Rahsiakan Sebab…”
Pempengaruh dan streamer Malaysia, Daddyhood memaklumkan dia kini mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan mengurangkan perlibatan dalam e-sukan.

Tahap Kesihatan Isteri Kurang Baik

Keputusan itu dibuat disebabkan selepas mendapat perkhabaran mengenai keadaan kesihatan isterinya, Tyha Sarkawi yang kini kurang baik.

“Salam semua. Mohon doakan isteri saya sentiasa dalam keadaan baik dan sihat. Bermula hari ini, saya akan fokus untuk keluarga dan kurang penglibatan dalam esports / aktiviti lain melainkan uruskan isteri saya.

“Berita yang baru saya terima adalah tahap kesihatan isteri saya kurang baik. Saya akan step down dari semua aktiviti di Homebois. Tempat saya akan diambil alih oleh beberapa orang selepas ini.
“Doakan ya semua. Terima kasih,” kata daddyhood menerusi Instastory miliknya yang dikongsikan semula di TikTok akaun Harimaumalaya_hm.

Lama Simpan Rahsia

Dalam perkongsian lain, Daddyhood atau nama sebenarnya Nureddy Nursal memberitahu isterinya sudah lama menyimpan rahsia mengenai keadaan kesihatannya kerana mahu dia fokus pada kerja.
“Jadi saya ambil keputusan untuk lepaskan semua kerja dan komitmen saya untuk saya fokus kesihatan isteri saya. Harap semua faham dan doakan yang terbaik.
“Perkara ni lama dia rahsiakan sebab nak biar saya fokus untuk kerja. Tapi baru dia cakap sebab request nak ke klinik / farmasi berdekatan untuk dapatkan ubat.
“Saya harap sangat doa semua mana yang kenal mahupun tidak,” ujarnya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar