Hiburan

Tahniah! Dapat Baby Boy, Ronnie Hussein Timang Anak Kedua

Kamaruddin Razal
17/05/2019
01:15 MYT
Sponsor Banner
Tahniah! Dapat Baby Boy, Ronnie Hussein Timang Anak Kedua
Penyanyi Ronnie Hussein menyambut kelahiran cahaya mata keduanya semalam.
Menerima bayi lelaki, pelantun lagu Menanti Janji ini menyampaikan berita gembira itu menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
"Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar! Alhamdullillah syukur kepada Allah...
"Isteri saya @fizayahya81 telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki, anak kedua kami petang tadi... Terima kasih kepada semua yg telah mendoakan," tulis Ronnie.
Selain peminat, rakan-rakan artis seperti Haiza, Zahid Baharudin, Zarina Zainoordin, Nizam Laksamana dan Azrul Zaidi turut mengucapkan tahniah kepada Ronnie atas kehadiran permata baru dalam hidupnya di ruangan komen entri terbabit.
Sebelum ini, Ronnie dan isteri, Hafizah Yahya menerima kehadiran anak sulung, Raisya Umairah yang dilahirkan pada 14 Mei 2016 selepas sembilan tahun menanti.
Sebelum ini, Ronnie dan isteri mengambil seorang anak angkat perempuan yang bernama Nurilyana Farhana.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar