Berita
Tahniah Kak Lina! Tamat Status Ibu Tunggal, Elly Mazlein Sah Jadi Isteri Papa Awan Nano
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein sah bergelar isteri kepada seorang guru, Mohammad Azlan Che Noh pada 9.09 malam tadi.
Dengan hanya sekali lafaz, majlis pernikahan Elly, 40, dan Azlan, 30, itu berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Pasangan itu telah dinikahkan oleh bapanya, Syed Hanafi Syed Abdullah yang disaksikan oleh Abdul Manaf dan Mohd Akmaluddin
Pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang tangan emas serta lima dulang hantaran berupa barang kemas kepada Elly dan turut dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.
Pasangan itu turut diraikan dalam satu majlis resepsi selepas selesai akad nikah yang dihadiri oleh keluarga, sahabat handai dan rakan media.
Mempelai merancang untuk berbulan madu di Kota London.
Dalam pada itu, pasangan ini sudah merancang untuk menimang cahaya mata secepat mungkin.
Semalam, sebuah majlis berinai diadakan serentak memperkenalkan serta mendedahkan wajah suaminya buat pertama kalinya selepas cuba merahsiakannya.
Terdahulu, Elly mengikat tali pertunangan dengan Azlan yang disapa sebagai Papa Awan Nano pada 17 Disember tahun lalu.
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.