Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Tahniah...Sesuai!" - Netizen Mengusik, Ada Apa Antara Nonny Nadhirah & Niezam Zaidi?

Asraf Aided 18/03/2020 | 11:13 MYT

Pelakon Nonny Nadhirah berkongsi foto bersama aktor Niezam Zaidi.

Foto tersebut dikongsi Nonny menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.

Di ruangan kapsyen, Nonny hanya menulis tarikh hari ini disertakan potongan lirik lagu Sakit nyanyian Zynakal dan Yonnyboii.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Nonny mengusik tentang hubungannya bersama Niezam, mereka seakan mengesyaki kedua-dua pelakon ini menjalin hubungan istimewa.

Namun begitu, Nonny memilih untuk tidak memberi sebarang reaksi terhadap komen-komen tersebut.

"Couple dengan Niezam pula ke?

"Saya suka kedua-duanya!

"Tahniah.

"Sesuai!" tulis netizen.

Tapi aku sakit bila ramai keji Sakit aku bukan sakit dihati Jadi sakit aku pendam sendiri Rasa sakit ini tak akan berhenti . Mengerti Kuterpaksa hadap walau penat lari Kuterpaksa jatuh bila penat diri Kuterpaksa hilang walau ramai cari . Kau kenal aku siapa Yang dulu bukan aku Masa tu aku gila Kusendiri tak tahu Apa yang sudah jadi Kurasa macam mimpi Hanyut di realiti, kesannya hari ini ! . Penyakit tiada luka Sakit tiada parut Sakitnya di kepala Bercelaru mengarut Tindakan luar biasa Marah terus mencarut Lupa semua kata Rasa nyawa tercabut . Aku faham Apa yang kau rasa Janganlah kecewa 'Ku sentiasa ada. Sakit - @zynakal @yonnyboii

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on

Pada Mac tahun lalu, Nonny telah mengesahkan tentang keretakan rumah tangganya selepas menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Terdahulu, Nonny dan bekas suaminya, Mustain mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2018 selepas perkenalan selama sembilan tahun.

#pelakon #Pelakon #Nonny Nadhirah #Niezam Zaidi
;