Viral

“Tahun Ini Saya Reject Semua Food Review!” - Mahu ‘Full Force’, Ceddy Berazam Puasa Penuh

Izwan Isa
12/03/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
“Tahun Ini Saya Reject Semua Food Review!” - Mahu ‘Full Force’, Ceddy Berazam Puasa Penuh
Pempengaruh dan pencipta kandungan Ceddy Ang berjanji untuk berpuasa penuh pada tahun ini.
Hal ini kerana, Ceddy yang cukup terkenal sebagai ‘tukang review’ makanan terlepas satu hari berpuasa gara-gara perlu memenuhi tuntutan kerja pada tahun lalu.
“Sudah tentu saya akan puasa tahun ini sebab tahun lalu tidak cukup 30 hari. Saya hanya berkesempatan untuk berpuasa sebanyak 29 hari sahaja.
“Sebab saya perlu buat food review. Jadi tahun ini memang saya tolak semua food review dan fokus untuk buat kandungan puasa sahaja,” katanya kepada Gempak.
Ceddy yang masih mengekalkan menu sahur yang sama seperti tahun lalu menambah, antara manfaat yang diperolehi menerusi rutin berpuasa adalah tampil lebih kurus.
“Nak jawapan jujur? Saya mampu turunkan berat badan. Selain itu, boleh jimat duit juga. Dalam masa sama, berpuasa boleh buat saya bertenaga.
“Kalau hari biasa, kita makan tengah hari kita akan rasa tiada tenaga kan. Tapi puasa, no problem,” katanya.
Ditanya apakah jenis kandungan yang akan diterbitkan sepanjang bulan puasa, Ceddy berkata: “Saya tak boleh rancang awal, nanti orang kata saya tipu pula.
“Jadi, saya akan sahur sambil bersiaran langsung dan dalam masa sama menerbitkan kandungan untuk berbuka,” katanya yang turut merancang untuk mengadakan sesi berbuka puasa bersama peminat.
Untuk rekod, sejak bergelar pencipta kandungan makanan, Ceddy mula berpuasa dengan melakukan rutin bangun sahur sambil mengambil cadangan daripada peminat dari segi pemilihan makanan dan minuman.

BERITA TRENDING: Kongsi Ilmu, Jauhi Toksik! Dr Malar, Zack Kirana, Ryan Bakery & Ceddy Mahu Publik Faham Fungsi Influencer

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar