Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Tak Ada Apa Nak Ulas” - Aliff Aziz Ikut Semua Prosedur Jawi, Mahu Segera Selesaikan Kes Khalwat

Mya Amri 04/04/2024 | 20:58 MYT
Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mengikut dan memberi komitmen sepenuhnya berhubung dicekup berkhalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac lalu.
Menurut Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz, 33, buat masa ini mereka masih lagi melalui proses-proses ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung kes tersebut.

Enggan mengulas lanjut

Bagaimanapun, Aliff enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu memandangkan masih lagi dalam siasatan.
“Saya tiada apa nak ulas cuma sekarang kami berdepan semua prosedur seperti mana yang semua perlu lalui.
“Jadinya kami akan selesaikan perkara tersebut apabila tiba masanya, insya-Allah,” katanya kepada Gempak.
Aliff memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur selepas sebutan kedua kes cerai talak pada Khamis.

BERITA TRENDING: “Masih Sayang..." - Aliff Aziz Tak Jadi Ceraikan Bella Astillah!

Untuk info, selepas dicekup, Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi sebelum dibebaskan dengan jaminan sementara menanti dituduh di mahkamah syariah.
Menyangkal mereka mempunyai hubungan, Aliff dan Ruhainies bagaimanapun tampil membuat permohonan maaf dan mengaku kekhilafan diri masing-masing.

BERITA TRENDING: “Saya Buat Banyak Kesilapan, Dia Juga Sama” - Aliff Aziz Mahu Pertahankan Perkahwinan Dengan Bella Astillah
Jelas Aliff, tiada apa yang berlaku di antara dia dan Ruhainies ketika diserbu Jawi dan menganggap ia adalah sebagai ujian hidup.
Kata aktor itu, dia hanya berniat membantu Ruhainies mengangkat barang penggambaran aktres itu ke rumahnya.
#cerai #Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Mahkamah #Khalwat #Jawi
;