Hiburan

Bella Astillah Dah Terlalu Penat! Tak Sangka Aliff Aziz Enggan Cerai - “Ingat Saya Suka Ke Naik Mahkamah…”

gempak
Asyikin Mayudin
04/04/2024
07:00 MYT
Sponsor Banner
Bella Astillah Dah Terlalu Penat! Tak Sangka Aliff Aziz Enggan Cerai - “Ingat Saya Suka Ke Naik Mahkamah…”
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah tidak menyangka suaminya iaitu penyanyi Aliff Aziz enggan melafazkan cerai terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan pada Khamis.
Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berjaya dia sudah penat untuk menghadapi segala kemelut ini.
“Saya sebenarnya sudah terlalu penat dan memang tak sangka dengan keputusan hari ini. Selebihnya saya tidak mahu sebab saya dah banyak jawab semalam.
“Saya tak sangka dan ingat semuanya akan selesai hari ini. Siapa tak sayangkan rumah tangga, tiada siapa yang berkahwin nak bercerai,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Bella Astillah, Aliff Aziz Bakal Bercerai Hari Ini?

BERITA TRENDING: ​Aliff Aziz Membisu, Keluarga Teman Datang Mahkamah!Menganggap perceraian merupakan perkara yang paling ditakutinya, namun Bella nekad berbuat demikian kerana sudah tidak sanggup lagi berada dalam keadaan sedemikian.
“Ini kali kedua saya datang mahkamah, ingat saya suka ke naik turun mahkamah? Perceraian adalah perkara yang paling saya takutkan sebab itu saya pertahankan selama bertahun-tahun.
“Tetapi saya rasa sudah cukup untuk saya pertahankan semua ini,” katanya lagi.
Hari ini, mahkamah menetap 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Aliff enggan menceraikan Bella hari ini atas alasan masih menyayanginya.

PILIHAN PEMBACA: “Saya Buat Banyak Kesilapan, Dia Juga Sama” - Aliff Aziz Mahu Pertahankan Perkahwinan Dengan Bella Astillah

Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh edah.
Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.
Manakala Bella mengakui berlaku curang dengan pelakon baharu Muaz Zabir buat kali pertama pada tahun lalu atas sebab mahu membuatkan suaminya yang ketika itu mempunyai skandal berasa cemburu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live