Hiburan
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Momen indah Ziana Zain
Pemilik nama sebenar Siti Roziana Zain itu, berkongsi bahawa perkara tersebut merupakan momen paling indah buatnya kerana tidak menyangka anak-anaknya mengingati hari kelahirannya.
“Hari jadi saya tahun lepas, anak-anak buat kejutan. Mereka masuk ke bilik dan menyanyi lagu ‘Happy Birthday’ sambil bawa kek kesukaan saya iaitu ‘carrot cake’.
“Saya jadi kelu. Tak sangka anak-anak ingat hari lahir saya. Kata anak-anak, mereka semua ingat hari lahir mama.
“Saya jadi tersentuh. Selalunya, saya yang bawa mereka beli kek. Kali ini mereka pula belikan untuk saya. Itu memori yang saya ingat sampai sekarang.
“Saya jadi sedih sebab nak-anak ingat saya. Mereka kata ini sahaja yang mereka dapat beli. Saya syukur. Tahun ini mereka buat kad istimewa sebab mereka tahu saya kurang suka sambut hari lahir,” katanya kepada Gempak.
Tak amalkan sambut birthday
Apabila disoal mengenai mengapa dia kurang gemar menyambut hari lahir, Ziana memaklumkan perkara tersebut merupakan bukan perkara yang diraikan keluarganya sejak dahulu.
“Saya bukan tak suka sambut hari lahir cuma ia mungkin bukan cara keluarga saya selama ini. Ada atau tidak, saya tak kisah.
“Namun, seiiring peredaran zaman, kita kena akur dengan keadaan semasa. Bila ada yang sambut, saya sangat bersyukur terutama dari pihak peminat.
“Untuk saya sambut sendiri, itu memang tidak. Bila ibu bapa kita polis, memang tiada buat sambutan,” ujarnya lagi.
Penyanyi lagu Anggapanmu itu berkongsi perkara tersebut ketika majlis sambutan hari lahir yang ke-56 yang berlangsung di Zukkini, Ara Damansara pada Ahad.
Majlis tersebut turut dimeriahkan bersama rakat terdekat dan kelab peminat, Zianafolks
Berita Trending: "Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" -…
Berita Trending: Kongsi Foto Sotong Jadi Punca Peserta Ratu Cantik Ecuador Mati…