Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Tak Kekok Cuma…”- Amelia Pakai 40 Baju Kebaya Demi Cik Ayu Mee Sanggul

Syafiqah Jalal 31/07/2021 | 05:45 MYT
Pelakon Amelia Henderson mendedahkan dia mengenakan 40 pasangan baju kebaya hanya untuk penggambaran drama Cik Ayu Mee Sanggul.
Menurut Amelia dia gembira apabila diberi peluang untuk menggayakan imej tersebut namun dalam masa yang sama agak mencabar.
“Ya sepanjang penggambaran ini, penonton hanya akan melihat saya dengan kebaya kerana itu imej yang hendak dibawakan sebagai watak Cik Ayu.
“Saya tidak kekok cuma imej ini agak berat dan memerlukan ramai orang untuk menyiapkan saya bukan sahaja baju malah tatarias wajah dan rambut yang sentiasa disanggul.
“Namun saya bersyukur kerana semua kru menjalankn tugas dengan baik dan ia berjalan dengan lancar tanpa mengganggu mood penggambaran saya,” katanya.
Amelia berkongsi pengalamannya menerusi satu sesi sidang media alam maya drama Cik Ayu Mee Sanggul pada Rabu.
Drama yang ditayangkan menerusi slot Megadrama Astro Ria sejak Isnin itu turut membariskan Rosyam Noor, Aqasha, Cat Farish, Shiqin Kamal, Fimie Don dan ramai lagi.
Mengulas mengenai wataknya sebagai Cik Ayu, Amelia teruja kerana kali ini dia membawakannya dalam penampilan yang berbeza.
“Saya suka dengan watak ini kerana saya dapat muncul dengan penampilan yang berbeza serta watak yang lebih matang.
“Cik Ayu merupakan seorang janda berhias yang menikahi seorang duda tanpa ikatan cinta dan wataknya berkembang apabila dia mengenali seseorang,” ceritanya lagi.
Sedikit mengenai drama bersiri Cik Ayu Mee Sanggul, ia merupakan sebuah naskah asal yang mengangkat genre komedi romantik terbitan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.
Cik Ayu Mee Sanggul memaparkan pengorbanan seorang janda muda yang mengahwini seorang duda tanpa ikatan cinta untuk menjadi ibu tiri kepada anaknya yang menghidap penyakit Mayor Talasemia.
Saksikan Cik Ayu Mee Sanggul yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam sejak 27 Julai lalu menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
#pelakon #Berlakon #Penggambaran #Amelia Henderson #Kebaya
;