Laman Utama

“Tak Lama Lagi Giliran Kita” - Azira Shafinaz Beri Bayangan Bakal Kahwin?

Asyikin Mayudin
28/09/2023
02:55 MYT
Sponsor Banner
“Tak Lama Lagi Giliran Kita” - Azira Shafinaz Beri Bayangan Bakal Kahwin?
Sempena ulang tahun kelahirannya, penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz berkongsi semula ucapan istimewa daripada lelaki yang dipercayai kekasihnya iaitu Yasser Khan di Instastory miliknya.
“Selamat hari lahir kepada cinta hati saya. Beautiful heart and soul you are. Semoga Allah merahmati awak dengan kesihatan yang baik sayang. Love you baby,” tulisnya.
Membalas semula ucapan tersebut, ahli kumpulan DeFam ini meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik dan membuatnya mengenali erti cinta.
“Sayang, kenapa awak buat saya menangis? Menantikan ucapan awak daripada semua orang. Terima kasih kerana menunjukkan kepada saya bagaimana rasanya dicintai oleh seseorang yang begitu baik dan sentiasa memikirkan orang lain seperti awak.
“Saya mungkin tidak selalu berkata, tapi saya nak awak tahu yang saya sentiasa bersyukur dengan kehadiran awak. I love you sayang,” luah Azira.
Pada perkongsian lain, Azira seakan-akan memberi bayangan dia dan kekasihnya itu akan membawa hubungan mereka itu ke fasa lebih serius tidak lama lagi.
“Tak lama lagi giliran kita, Insya-Allah,” tulisnya secara ringkas.
BACA SINI: “Dia Berhak Bahagia, Semoga Bertemu Jodoh Yang Baik-Baik” - Tak Iri Hati, Azira Shafinaz Sentiasa Doakan Sharnaaz
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar