Hiburan

Tak Mahu Bawa Watak Jahat, Roy Azman Mahu Jaga Nama Baik Anak-Anak - "Orang Senang Cakap Suruh Saya Jangan ..."

Ernalisa
25/01/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Tak Mahu Bawa Watak Jahat, Roy Azman Mahu Jaga Nama Baik Anak-Anak - "Orang Senang Cakap Suruh Saya Jangan ..."
Pelakon otai Roy Azman memberitahu dia kini seboleh-bolehnya mengelak untuk menerima tawaran watak antagonis.

BERITA BERKAITAN: Tak Serik Buat ‘Cover’ Lagu Artis Lain, Kelly Azman Dedah Bakal Hiburkan Peminat Dengan 14 Buah Lagu Lagi Tahun Ini - “Menyanyi Memang Minat Saya”

BERITA BERKAITAN: Anak Kedua Nikahi Gadis Indonesia Beatrice Valeria Chitra, Sheila Rusly; "Sebagai Ibu, Saya Syukur Lihat Mikha Temui Pasangan ..."

Menurut Roy, dia tidak mahu anak-anak terkesan dengan watak yang dibawa hingga menjadi bahan ejekan kepada anak-anaknya yang semakin membesar.
Justeru kata Roy, di usianya kini dia lebih selesa untuk memegang watak yang bersifat positif.
"Sekarang saya mengaku saya memang agak memilih dan kalau mana-mana pengarah beri saya watak terlalu jahat saya memang tolak.
"Tetapi kalau watak itu perlu jadi jahat yang tidak melampau saya masih boleh pertimbangkan.
"Tanyalah mana-mana mereka (pelakon) yang mempunyai anak semakin membesar, kebanyakan mereka pun akan macam saya,mereka akan pilih watak," katanya kepada Gempak.
Roy Azman ditemui pada majlis Pelancaran Tagline Baharu SINAR 'Muzik Retro Terbaik' baru-baru ini.
Roy juga tidak menafikan sehabis baik cuba positifkan diri apabila kerap mendapat komen kebencian ketika melakonkan watak jahat.
"Orang senanglah cakap suruh saya jangan baca komen atau mesej. Asalkan sudah dapat buat duit, saya patut buat tak tahulah.
"Tapi, tidak semudah itu ya," ringkasnya.
Untuk rekod, selain berlakon dan menjadi penyampai radio, Roy pernah dipilih sebagai juri dalam program realiti Kilauan Emas bergandingan bersama Erra Fazira dan Datuk Hattan tahun lalu.
Mula berlakon sejak berumur 18 tahun semasa akhir era 1980-an, kemudian Roy berkahwin dengan bekas ahli kumpulan Princess, Rafidah Razali pada 11 Mac 2006.
Hasil perkahwinan dia telah dikurniakan 5 orang cahaya mata.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024