HIBURAN
Tak Mahu Panjangkan Isu, Aisha Retno Sedia Berdamai Dengan Yuka Kharisma - “ Saya Bersedia Untuk…”
Penyanyi, Aisha Retno menyatakan dia bersedia untuk bersemuka bagi memaafkan dan memohon maaf kepada pihak penganjur, Kharisma Music International berhubung isu pembatalan Konsert Aisha Retno Malam Sutera.
Menurut Aisha, dia tidak mahu lagi memanjangkan isu dan hanya mahukan ketenangan dalam meneruskan karier seninya.
“Saya bersedia untuk bermaafan dengan pihak sana, kalau pihak sana hubungi saya sudah pasti saya akan jawab. Saya hanya mahu memudahkan kerja kedua-dua pihak,” kata Aisha.

Aisha berkata demikian ketika ditemui di pelancaran lagu terbaharu XONE berjudul Langgar yang diadakan di sekitar ibu kota, pada Jumaat.
Pelantun lagu Samudera ini juga menyatakan dia tidak mahu menunding jari kepada satu pihak sahaja berhubung kesnya ini.ARTIKEL BERKAITAN: Akui Terkesan Dengan Pembatalan Konsert, Aisha Retno Kekal Positif - “Orang Diluar Sana Tidak Mahu Tahu Apa Masalah Yang Kita Hadapi”
Pelantun lagu Samudera ini juga menyatakan dia tidak mahu menunding jari kepada satu pihak sahaja berhubung kesnya ini.