Hiburan
"Tak Payah Kesian, Kami Dah Biasa" - Anak Bujang Rita Rudaini Dah Biasa Hidup Tanpa Kasih Sayang Bapa
Anak sulung kepada aktres Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin tidak mahu orang ramai terus-terusan menyimpan rasa simpati kepada dia dan adiknya Airit Qaqa Arjuna kerana tidak mempunyai kasih sayang bapa.
BERITA BERKAITAN:Bukan Cerewet, Rita Rudaini Pesan Pada Anak-Anak Adab Paling Penting - “Orang Yang Tak Faham Akan Nampak Saya Garang…”
BERITA BERKAITAN:Anak-Anak Tak Beri Rita Rudaini Kahwin Lain - “Mummy Tak Payah, Dah Cukup Dah"
Rayyan yang membaca komen netizen ketika live bersama ibunya petang Sabtu tampil menjawab dengan tenang.
"Tak payah kasihan. Saya duduk rumah mana ada hari-hari saya nangis. Ada pernah nampak saya menangis?
"Kalau saya hari-hari menangis nak kesian tak mengapa," katanya sambil adiknya Qaqa mengangguk kepala tanda setuju.
Balas Rayyan lagi, dia dan adiknya telah biasa hidup tanpa seorang bapa sejak kecil lagi.
"Kami berdua dah biasa hidup tak ada bapa.
"Pertayaan sebegini pun kami dah berjuta kali dengar. Ada masa kami naik muak bila orang tanya pasal bapa," ringkasnya.
Dalam pada itu, Rita turut membalas pertanyaan netizen bahawa anak-anaknya tiada sebarang memori bersama bekas suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak disebabkan usia mereka berdua yang masih kecil ketika ditinggalkan oleh bapa mereka.
"Jangan salahkan saya kalau anak-anak tiada rasa sebab mereka berdua tiada langsung memori dengan bapa mereka.
"Rayyan waktu itu 2 tahun, manakala adiknya 8 bulan,"ringkasnya.
Sekadar info, Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga dengan Aidil Zafuan pada 2008 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada September 2013.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Must-Watch Video