Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Tak Pernah Haramkan, Kelantan Akan Bincang Syarat Sedia Ada Buka Pawagam

Gempak 05/11/2024 | 09:25 MYT
Kerajaan negeri akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai syarat yang akan dikenakan untuk membuka pawagam di negeri ini berikutan ada permohonan daripada beberapa syarikat.
Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Asri Mat Daud berkata, syarat yang sedia ada akan diperhalusi sebelum memutuskan permohonan pembukaan pawagam.
Jelas beliau, pimpinan kerajaan negeri sebelum ini sudah menyenaraikan syarat yang sepatutnya untuk tujuan itu.
"Ada syarat yang ketat dikenakan dan pimpinan dahulu sudah sebut pembukaan pawagam dibenarkan jika memenuhi syarat itu," katanya ketika ditemui pada Ijtimak Tarbawi 10.0 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK).
Beliau memberitahu, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai perkara itu selepas mesyuarat kerajaan negeri.

BERITA TRENDING: #TRAVELMANA: Kelantan Optimis Capai Sasaran 2.5 Juta Pengunjung Tahun Ini

BERITA TRENDING: Aktiviti Hiburan, Bunyi-Bunyian Muzik Pada Malam Jumaat Dilarang Di Kelantan

BERITA TRENDING: Kelantan Akan Ada Pawagam? Syed Aiman Gembira Permohonan Disambut Baik - "Kerajaan Negeri Taklah Tegas ..."

BERITA TRENDING: [VIDEO]: "Zaman Belajar Dah Cemerlang"- Hebat Anak Kelantan! Ini 7 Kejayaan Khairulaming Yang Boleh Jadi Inspirasi Anak Muda

Media sebelum ini melaporkan Kerajaan Kelantan tidak pernah melarang pembukaan pawagam tetapi pengendali perlu mematuhi syarat yang agak ketat, termasuk mengelak penyaringan dalam persekitaran gelap untuk mengelakkan unsur-unsur yang tidak diingini.
Mereka yang berminat membuka pawagam di Kelantan perlu mematuhi waktu solat terutama Maghrib dan Isyak kerana jarak masa yang singkat. - SINAR HARIAN
#Viral #Pawagam #Kerajaan #Haram #Syarat #Pengendali #Exco
;