Laman Utama

Tanggung Rugi RM40,000, Subscriber Pula Berkurang Jadi 2.03 Juta...Isa Isarb Mohon Maaf!

Hanafis Haris
09/03/2021
09:03 MYT
Sponsor Banner
Tanggung Rugi RM40,000, Subscriber Pula Berkurang Jadi 2.03 Juta...Isa Isarb Mohon Maaf!

YouTuber terkenal Isa Isarb yang terpalit dalam kes pergaduhan futsal beramai-ramai di Subang, Jumaat lalu, tampil memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan.

Perkara itu dibuat menerusi satu posting terbaru di Instagramnya, semalam.

Menurut Isa, dia sepatutnya menunjukkan contoh yang baik, namun perkara sebaliknya berlaku.

"Darah muda, benda bodoh pula saya buat.

"Benda dah selesai terima kasih PDRM, saya mintak maaf kepada semua yang terkesan," katanya.

Menurutnya lagi, dia kini menanggung impak yang sangat besar apabila ia turut memberi kesan kepada perniagaan dan akaun YouTubenya.

"Agak besar kesan dia, contoh sekarang dah ada musuh-musuh baru.

"Ada yang minta refund barang sampai terpaksa bayar balik sampai RM40,000.

"Bukan itu saja jumlah subscriber YouTube pun turun, daripada 2.06 juta jadi 2.03 juta. Lebih kurang 30,0000 yang unsubscribe," katanya.

Anda boleh lihat video penjelasan penuh di bawah.

Terdahulu, viral satu video berdurasi lapan saat di media sosial yang menunjukkan YouTuber bersama beberapa rakannya didakwa bertindak ganas memukul seorang pemain futsal hingga cedera dalam satu pergaduhan di Gelanggang Futsal Ferro di Subang, pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira 10.20 malam itu, mangsa didakwa diserang oleh 25 orang termasuk YouTuber hingga mengalami kecederaan teruk di muka dan badan.

Kejadian pergaduhan itu berlaku ketika berlangsung perlawanan persahabatan futsal membabitkan dua pasukan.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar