Hiburan

8 Hari Di Hospital Penuh Cabaran! Intan Najuwa Kongsi Pengalaman Bersalin Czer - “Saya Jadi Panik & Fikir Akan Mati Kerana…”

Asyikin Mayudin
09/01/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
8 Hari Di Hospital Penuh Cabaran! Intan Najuwa Kongsi Pengalaman Bersalin Czer - “Saya Jadi Panik & Fikir Akan Mati Kerana…”
Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi pengalaman dia melahirkan cahaya mata pertama yang diberi nama Imane Lunara secara pembedahan.

Penuh cabaran

Menerusi perkongsiannya, Intan berkongsi perjalanan berada di hospital dari hari pertama sehingga kelapan yang dianggap mencabar.
“Pengalaman bersalin saya. Ia agak mencabar kerana saya mempunyai toleransi kesakitan yang rendah. Tetapi dengan sokongan doktor yang hebat, suami saya, keluarga saya, dan semua jururawat yang luar biasa yang menjaga saya sepanjang lapan hari di hospital, mereka benar-benar saya.

“Pembedahan saya dijadualkan pada pukul 9.30 pagi, jadi saya perlu bangun awal untuk bersiap dan menuju ke bilik pembedahan. Baiklah, inilah ceritanya. Mereka masukkan kanula, dan kemudian berikan saya anestesia tulang belakang.

“Tetapi malangnya, badan saya membengkak jadi doctor terpaksa cuba lima kali sebelum dapat capai saraf tunjang saya. Ia sangat menyakitkan, tetapi saya tahu saya mempunyai pasukan doktor yang hebat yang menjaga saya dengan baik.
“Jadi, lepas anestesia tulang belakang tu, saya benar-benar panik dan fikir akan mati kerana tidak dapat bernafas dengan betul. Tetapi pakar bius sangat tenang dan meyakinkan bahawa tahap oksigen saya baik-baik saja, dan hanya menyuruh fokus pada pernafasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Jaga Batas Di Set Penggambaran, Intan Najuwa ‘Friendzone’ Pelakon Berstatus Suami - “Sebab Saya Dah Tahu Dia Punya Sejarah…”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Pertikai Intan Najuwa Bersalin Secara ‘Czer’, Fatin Afeefa Tampil Pertahankan - “Bukan Dia Nak Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Selamat Bersalin Anak Sulung, Beri Nama Imane Lunara

“Malah, saya muntah sepanjang prosedur pembedahan. Suami pegang tangan saya, yakinkan bahawa semuanya akan baik-baik saja.
“Saya menangis dan muntah sepanjang prosedur sehingga bayi kami akhirnya dilahirkan. Dia selamat dilahirkan. Bayi saya sihat dan besar," kongsinya.

Ini kronologi hari pertama sehingga hari kelapan Intan di hospital;

Hari pertama

Selepas Imane selamat dilahirkan, Intan mula merasai kesakitan sebaik sahaja fungsi bius terhenti.
Apabila rengat mula menyerang, pelakon Kekasih Paksa Rela itu terpaksa meminta ubat penahan sakit namun bahan itu pula memberi kesan sampingan.
"Apabila ubat bius habis, saya boleh rasa semuanya. Jadi saya bertanya doktor dan jururawat, boleh ke suntik ubat penahan sakit dan morfin. Empat jam pertama saya terpaksa menahan sakit itu.
“Setiap lima minit saya tekan. Tambahan pula saya alami rengat yang sangat teruk. Saya terlalu sakit sehingga tak boleh bercakap dan ubat penahan sakit kuat buat saya rasa sangat pening. Saya memang tak nampak muka orang langsung hari tu.
“Saya dengar jururawat dan bidan banyak kali buat lawak macam-macam, tapi saya diam saja sepanjang masa dan menahan sakit," kongsinya.

Hari kedua

Manakala hari kedua bersalin pula menyaksikan Intan mengalami masalah di bilik air sehingga terpaksa mengambil ubat penahan sakit.
"Syukur rengat semakin berkurangan. Tapi saya masih tiada selera makan dan hanya meminum air tanpa henti. Kemudian jururawat bertanya, ‘Nak cuba bangun dan berjalan tak?’ Tapi jika tak boleh, mereka akan paksa dan dorong menggunakan kerusi roda ke tandas serta memberi ubat pencair darah.
“Mereka yakinkan saya mesti cuba bangun. Tapi saya tak sanggup sebab rasa sakit sangat hari itu. Saya paksa diri juga bangun dan berjalan.
"Saya 'push' diri sendiri untuk bangun kerana ingin mencabut tiub kencing. Sebab kalau tiub kencing tak cabut cepat, akan ada jangkitan pula.
“Ia adalah pengalaman kali pertama saya berjalan selepas bersalin. Tak tahu nak cakap macam mana sakitnya. Sakitnya 'gila-gila', nak letak kaki atas lantai pun rasa hampir terburai perut. Siapa yang cakap cesar tak sakit tu, tipu!
“Tapi akhirnya saya berjaya bangun dan jalan ke tandas. Cabut tiub kencing, mandi dan tukar baju semua. Sekitar pukul 8 malam macam tu, saya rasa nak kencing. Ini kali pertama saya kencing selepas tiub kencing dicabut.
“Dan teka apa? Saya tidak boleh kencing. Hendak buang air kecil tetapi tidak boleh sebab perut sangat sakit sangat. Saya menangis dan menjerit meminta tolong. Satu tingkat boleh dengar suara saya.
“Jadi, selepas mereka bawa masuk kerusi roda, mereka terus berikan ubat penahan sakit. Alhamdulillah, kemudian saya okay. Saya sudah boleh kencing cuma sumpah trauma dengan part ni," katanya Intan.

Hari ketiga

Perjalanan awal Intan bergelar ibu bermula apabila dia mengalami serangan gastrik pada hari ketiga dan keempat kelahiran Imane Lunara.
"Pukul 5 pagi, tersedar dan kena serangan gastrik. Boleh bayangkan, dengan perut czer, kemudian muntah-muntah sebab gastrik? Rasa nak terburai perut.
“Mereka terpaksa bagi saya ubat untuk hentikan muntah dan IV untuk gastrik. Jadi, kesakitan dari rengat dan sakit perut semuanya telah mencetuskan serangan gastrik pada hari itu. Sakit dia, masya-ALLAH,” katanya.

Hari keempat

"Doktor pakar sakit puan rujuk saya kepada doktor pakar perut untuk memantau keadaan kerana kesihatan saya jadi teruk pada hari keempat. Saya tak dapat tidur, susah bernafas, dan rasa sakit dada. Jadi, sekarang jururawat dan doktor sentiasa memantau saya dengan rapi," kongsinya.

Hari kelima

Ibarat jatuh ditimpa tangga, selepas gastrik mula reda, pelakon Racun Rihanna itu mengalami bengkak susu.
"Keadaan saya masih teruk. Dan pada hari kelima pula, saya kena bengkak susu. Ibarat jatuh ditimpa tangga. Bengkak susu tu tak main-main kesakitannya.
"Saya mula menggigil dan badan panas macam demam. Tetapi saya sangat bersyukur untuk semua jururawat yang menjaga saya dan berusaha sebaik mungkin untuk meringankan kesakitan," tulis Intan.

Hari keenam

Enam hari berkampung di wad, pelakon jelita itu mula berasa tidak selesa dan ingin pulang. Usahanya meyakinkan suaminya yang tersayang bagaimanapun gagal.
"Saya mula cemas pada hari itu kerana rasa tidak selesa dengan semua jarum di tangan dan meyakinkan suami saya untuk bawa saya balik dari hospital. Saya betul-betul tak sangka yang dia tak akan benarkan saya keluar dan meminta doktor untuk tidak benarkan saya discaj.
“Untuk pengetahuan anda, suami saya telah berada di sisi saya 24/7, memantau keadaan saya sejak hari pertama. Dia tak pernah tinggalkan saya walau sekejap, walaupun saya asyik bertanya sama ada saya kelihatan okay. Dia tak benarkan saya balik kerana risau saya masih belum sihat sepenuhnya dan tidak cukup kuat.
“Doktor pula galakkan saya untuk tinggal dan mempercayai mereka supaya saya dapat dilihat semakin pulih, dan akhirnya saya bersetuju untuk tidak meninggalkan hospital," kongsinya.

Hari ketujuh

Demi untuk pulang ke rumah, pelakon cantik itu cuba membuktikan keadaannya semakin pulih dan kuat.
"Saya cuba kekal positif, mengatakan pada diri sendiri bahawa keadaan akan bertambah baik dan saya perlu bersabar serta berehat dengan baik. Saya hanya mahu cepat sembuh dan pulang ke rumah. Para jururawat semuanya baik hati dan sentiasa memberikan semangat untuk saya kekal kuat dan positif.
"Gembira makin pulih daripada sakit, yakinkan suami untuk balik rumah. Saya terus yakinkan suami yang saya makin pulih dan dan sedia untuk pulang, tetapi dia belum yakin. Kena cuba lagi esoklah nampaknya.
“Jadi, saya habiskan hari-hari dan tunjukkan pada suami yang saya sudah makin baik, boleh jalan perlahan, makan, dan tahan kesakitan. Susah ya nak ‘talk’ denganDoktor’ Asraf ni! Garang gila. Stress aku!," tulis Intan.

Hari kelapan

Akhirnya hari terakhir di hospital, Intan mula berasa sihat dan berjaya pulang ke pangkuan keluarga.
"Saya rasa lebih baik, kecuali kesakitan pada bahagian luka pembedahan. Tetapi saya kena berlakon tough di depan suami! Berjaya meyakinkan dia untuk membenarkan saya pulang, terima kasih kepada doktor yang meyakinkan bahawa saya semakin pulih dan memberikan semua ubat tahan sakit dan ubatan yang diperlukan.
"Tiada apa yang perlu dirisaukan! Akhirnya, dia setuju untuk saya pulang pada hari kelapan. Terus hilang rasa sakit bila dapat balik.
“Alhamdulillah, apabila di rumah, berpantang pula cara tradisional. Masih sakit tetapi saya boleh tahan. Macam mana pun, pantang kat rumah juga happy ya!
“Saya sangat bertuah kerana ada suami, ibu, ibu mentua, adik-beradik, pembantu, confinement lady yang menjaga dan menyokong saya sepanjang tempoh pemulihan ini. Mereka semua memastikan saya mendapat rehat yang diperlukan untuk sembuh sepenuhnya.
“Itulah pengalaman bersalin saya. Baru hari ini ada kekuatan untuk bercerita kerana apabila diimbas kembali, teringat waktu dan hari-hari yang sukar itu,” luahnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024