Laman Utama

"Tanpa Azizah Di Sisi, Tak Mungkin Saya Mampu ..." - Anwar Ibrahim Titip Kata-Kata Romantis Sempena Hari Jadi Isteri

Amri Hassan
04/12/2022
02:55 MYT
Sponsor Banner
"Tanpa Azizah Di Sisi, Tak Mungkin Saya Mampu ..." - Anwar Ibrahim Titip Kata-Kata Romantis Sempena Hari Jadi Isteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuliskan nukilan khas buat isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sempena hari jadi beliau hari ini.
Anwar menyifatkan Wan Azizah sebagai seorang insan, wanita dan isteri yang tabah, penyayang serta ibu yang tak pernah jemu mencurahkan kasih sayang.
"Saya sentiasa bersyukur. Saya berdoa agar Azizah sentiasa di bawah lindungan-Nya. Happy birthday.
"Tanpa Azizah di sisi, tidak mungkin saya mampu menggalas amanah yang cukup berat saat ini," kongsi beliau menerusi hantaran di media sosial.
Anwar turut memuat naik sekeping foto yang diambil ketika sidang media pertama beliau sebagai Perdana Menteri yang ke-10 pada 24 November lepas.
Wan Azizah yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menyambut ulang tahun hari kelahiran yang ke-70 hari ini. Wan Azizah dan Anwar mendirikan rumah tangga pada 28 Feb 1980 dan dikurniakan enam cahaya mata.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar