Hiburan

Sokongan Orang Ramai Buat Kiah Propa Kuat, Belajar Erti Hidup Sejak Jaga Suami Sakit - “Memang Ada Masa Saya Akan Rasa Down Sebab…”

Ernalisa
08/01/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
Sokongan Orang Ramai Buat Kiah Propa Kuat, Belajar Erti Hidup Sejak Jaga Suami Sakit - “Memang Ada Masa Saya Akan Rasa Down Sebab…”
Pelakon Kiah Propa mengakui kekuatan yang diperolehinya ketika berdepan ujian dalam hidup melalui sokongan daripada orang ramai.
Kata Kiah, tanpa sokongan mereka, dia tidak mungkin boleh menjadi sekuat seperti mana yang dilihat ramai.

BERITA BERKAITAN: #GempakVideoNews : Kiah Propa Tak Mengalah Hadapi Ujian Jaga Suami Kanser Leher & Kelenjar Air Liur

BERITA BERKAITAN: Bagai Mati Hidup Semula, Suami Syukur Dijaga Kiah Propa - "Dia Sanggup Terima Dalam Keadaan Saya Tidak Sempurna"

Menurut pemilik nama Siti Rokhaida Abdul Khalil ini juga, dia beruntung kerana dikelilingi insan-insan hebat yang kuat.
"Betul. Kekuatan memang dikurniakan dari Allah S.W.T. Tetapi saya selalu ingat, kawan terdekat, ahli keluarga dan ramai orang diluar sana yang tidak mengenali saya sentiasa bagi sokongan pada diri saya.

"Boleh kata hari-hari ramai yang ingatkan saya supaya minta saya kuat, ramai yang cakap baik-baik dan doakan saya kuat. Jadi kata-kata dari orang sekeliling inilah yang buatkan saya begitu kuat.

"Memang ada masa saya akan rasa down, sebab kepenatan yang saya alami. Saya akui. Tetapi beruntungnya saya. Saya sentiasa ada motivasi daripada ramai orang. Memang memabantu," katanya di live TikTok pada petang Selasa.
Kata Kiah, banyak yang dipelajari sejak menjaga suaminya yang menghidap kanser tahap empat ketika ini.
"Sebenarnya saya banyak belajar erti hidup dengan ujian yang saya hadapi masa ini. Saya belajar erti sebenar tanggungjawab isteri, erti kesabaran,erti reda. Terlalu banyak yang saya dapat dalam hari-hari saya ketika ini.

"Ini kali pertama saya jaga orang sakit. Sungguh bukan mudah seperti yang dilihat. Ujian ini juga sebenarnya membawa saya lebih dekat kepada-NYA. Alhamdulillah. Doakan saya kuat," ringkas Kiah Propa.

Terdahulu kisah perkahwinan Kiah Propa yang kembali menjadi isteri kepada bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail telah menyentuh hati ramai pihak.
Untuk rekod, Kiah menerima kembali suaminya dalam keadaan Nazri bertarung kanser tahap empat paling aktif.
Sekadar info, Kiah dan Nazri pernah berkahwin 2011 dan bercerai beberapa tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang puteri.
Tahun lalu, Kiah Propa, 45, tamatkan kembali zaman solo apabila sah bernikah semula dengan bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail, 57, dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan.
Malah, menurut wanita itu, dia sendiri yang melamar suaminya demi memberikan sokongan dan semangat.
Kiah berkata, perkahwinan ini juga bagi mengelakkan fitnah selain memudahkan dirinya untuk menguruskan suami.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024