Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Tanya Sebab Memang Tak Kenal” - Bukan Persenda Masya Masyitah, Nabila Huda Jarang Tengok Sosial Media

Mya Amri 09/08/2023 | 09:50 MYT
Pelakon, Nabila Huda menjadi tular sebelum ini hanya kerana bertanyakan tentang siapakah gerangan pemilik nama Masya Masyitah.
Menurut Nabila, tidak terlintas langsung untuk mempersendakan penyanyi itu sebaliknya dia ikhlas bertanya kerana jarang mengikuti isu semasa.
“Saya tak berniat dan saya memang tak tengok sangat sosial media. Hidup saya yang anda nampak dalam Instagram itu, itulah dia.
“Rumah, kucing, masak, makan, anak dan suami. Jadi bila saya tengok berita itu keluar, saya rasa macam eh siapa pula Masya Masyitah ni. Kenapa saya tak tahu,” jelasnya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, Nabila juga berkata selain selebriti dia juga merupakan manusia biasa yang ada perasaan ingin tahu terhadap perkara lain.
“Saya pun orang biasa juga, saya berhak untuk komen atau cakap apa-apa pun. Tapi tak adalah benda yang buruk-buruk.
“Saya pun ada rasa ingin tahu juga dan ada masanya bila saya berikan komen berbentuk pertanyaan, akan ada orang yang tolong jawabkan.
“Kadang-kadang mereka bagi informasi penuh, jadi tak perlu nak tanya kawan-kawan yang ada, baca sahaja dekat komen itu.
“Bila saya tanya tentang perkara itu, saya taip kemudian saya dah lupa. Tiba-tiba ada orang beritahu saya keluar di blog sebab tanya siapa Masya Masyitah.
“Saya tak ada niat lain pun, memang betul saya tanya tapi dah terlupa nak tengok balik komen dan baca siapa dia sebenarnya, apa latar belakang dia,” ujarnya.
BACA: “Suami Suruh Buang Karakter Itu Baru Jumpa Dia” - Watak Ramlah Buat Perangai Nabila Huda Jadi Lain
BACA: “Waktu Itu Jam Dua Tiga Pagi…” - Qistina Raisah, Fikry Ibrahim Tiba-Tiba Jatuh Tangga, Kebetulan Atau Ada Gangguan?
Dalam perkembangan lain, Nabila kini sibuk mempromosikan filem terbarunya berjudul Rahsia.
Jangan lupa saksikan Rahsia yang dijadualkan tayangannya di pawagam seluruh negara bermula 10 Ogos ini.
Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular.
Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan oleh Fikry Ibrahim.
Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.
Rahsia membawa tagline Dia Takkan Pergi manakala lagu berjudul Alunan Lara adalah lagu tema rasmi Rahsia yang dinyanyikan oleh Njwa.
Istimewa buat peminat, anda boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ bermula 9 Ogos dengan tayangan pertama bermula 8.00 malam.
SINOPSIS: Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful.
Keadaan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu mereka berkelah di tepi pantai.
Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai, namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik.
Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi pencarian, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan.
Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.
#Viral #Nabila Huda #Isu #Tular #Rahsia #Filem Rahsia #Masya Mashitah
;