Hiburan
Tarik Laporan Kes Antara Syarat Lafaz Cerai, Zahnita Anggap Suami Cuba ‘Play Victim’ - “Saya Tak Sangka Sebenarnya Dia…”
Pelakon Zahnita tampil membalas kenyataan suaminya, Abdul Zackery, yang mendakwa dirinya sebagai mangsa sebenar keganasan rumah tangga mereka.
Enggan memberikan sebarang komen berkenaan kenyataan tersebut, Zahnita bagaimanpun berasa terkejut dengan dakwaan yang dibuat suaminya itu.
Zahnita berjaya jika suaminya mahu terus mempertahankan kenyataan itu, dia juga akan tetap berjuang untuk menegakkan haknya.
“Maaf saya tidak mahu ulas apa apa tentang kenyataan tersebut.
“Tapi saya tak sangka sebenarnya dia boleh berkata demikian. Nak ke orang tahu tentang hal ni?
“Kalau dia nak buat macam ni, okay saya akan teruskan dengan kes ini,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Pada masa yang sama, pelakon itu turut memberitahu dakwaan yang dilemparkan itu disebabkan dia enggan menarik semula laporan yang dibuat terhadap suaminya.
Oleh sebab itu, suaminya mencuba untuk memposisikan dirinya sebagai mangsa keadaan dalam kes tersebut.
“Perkara ini berlaku disebabkan saya tidak menarik balik kes terhadap dia.
“Semalam telah berlangsungnya kes mahkamah. Di hadapan hakim, dia memberitahu saya antara salah satu syarat untuk dia lafazkan cerai terhadap saya adalah untuk saya tarik balik laporan kes.
“Apa yang dia cuba lakukan sekarang adalah salah satu kempen dia untuk menunjukkan diri dia tidak bersalah”, jelasnya.
Sekadar info, suami Zahnita Wilson, Abdul Zackery Ghouse, membuat pengakuan mengejutkan bahawa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan menafikan tuduhan memukul Zahnita.
Dia mendakwa hanya mempertahankan diri daripada perlakuan Zahnita yang pernah belajar Muay Thai. Zackery juga mendakwa Zahnita sering meminta cerai sepanjang 20 tahun perkahwinan mereka.