Telefon Bimbit Tiada Kaitan Dengan Kanser Otak - Kajian
Telefon bimbit tidak dikaitkan dengan kanser otak, menurut satu kajian yang dijalankan oleh saintis Australia yang ditugaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Xinhua.
"Apabila Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) mengklasifikasikan pendedahan gelombang radio sebagai kemungkinan karsinogen kepada manusia pada 2013, ia sebahagian besarnya berdasarkan bukti terhad daripada kajian pemerhatian manusia.
ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Mahu Menang iPhone, 4 Individu Sanggup Bogel Depan Orang Ramai
ARTIKEL BERKAITAN: Saksi Sekat, Nyahsekat Nombor Telefon Ebit Lew
ARTIKEL BERKAITAN: Aufahanie Sebak Lihat ‘Wallpaper HP’ Arwah Abang Letak Gambar Keluarga - “Sekarang Polis Masih Siasat Untuk Tahu Ada Unsur Jenayah Atau Tidak”
ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi Tengok Porno Punca Suami Cut Intan Nabila Mengamuk Sampai Naik Tangan, Kasari Anak
Kajian itu juga menyimpulkan bahawa tiada kaitan antara penggunaan telefon bimbit yang berpanjangan atau kekerapan penggunaannya dengan kanser.
Karipidis, yang juga naib pengerusi International Commission on Non-Ionizing Radiation Protection, berkata hasil kajian ini konsisten dengan penyelidikan ARPANSA sebelum ini yang menunjukkan tiada peningkatan membabitkan kes kanser otak dalam tempoh 20 tahun yang lalu.
ARPANSA merupakan badan perlindungan radiasi utama kerajaan persekutuan Australia.
Sumber: Astro AWANI