Viral

Tempatkan Lelaki & Perempuan Dalam Satu Rumah, Kandungan YouTuber Ini Diselar Netizen

Firdaus
17/05/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Tempatkan Lelaki & Perempuan Dalam Satu Rumah, Kandungan YouTuber Ini Diselar Netizen
Sebuah video di satu saluran YouTube mengundang pertanyaan ramai apabila kandungan yang dibuat memperlihatkan beberapa orang lelaki dan perempuan bersekedudukan dalam satu rumah selama 77 hari.
Bagaimanapun, apa yang memisahkan antara lelaki dan perempuan di dalam rumah berkenaan hanyalah satu dinding mudah alih yang disediakan dan digunakan hanya pada waktu tidur.

"Apa objektif sebenar si YouTuber ni cuba nak buat?

Sedutan video tersebut dimuat naik semula di Platfom X di mana tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen menzahirkan rasa kurang senang dengan konten yang dilakukan.
“Yang ibu bapa pun boleh bagi ye masuk rancangan ni. Tidur serumah bagai. Aku sampai sekarang tak tahu apa objektif sebenar si YouTuber ni cuba nak buat,”“Apa faedah buat macam ni eh? Cuba lah buat program yang membantu anak-anak muda belajar dapatkan pendapatan, membantu ekonomi negara ke, program upgrade skills ke, pahala pun boleh dapat,”
“Secara jujurnya konten macam ni nampak kebudak-budakkan dan bodoh. Apa agaknya dalam kepala otak mereka masing-masing.”

Konten Rupa-Rupanya Satu Cabaran

Sekadar info, konten berikut merupakan satu cabaran buat beberapa orang individu (peserta) yang ditempatkan di dalam sebuah rumah dan diminta supaya tinggal di situ dalam tempoh 77 hari.
Dalam setiap episod juga bakal ada penyingkiran dan setiap peserta boleh diundi oleh penonton.

BERITA TRENDING: Dituduh Hanya Menyewa Banglo Mewah, Ini Respons Isa Isarb - “Kalau Sewa Pun Apa Masalah Dengan Awak?”

Setakat artikel ini ditulis, rancangan di YouTube itu telah pun memasuki episod ke-44.
Sumber: Platform X
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar