Berita
Tengku Afzan & FD Idzham Selamat Diijab Kabul
Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangannya FD Idzham FD Iskandar sah bergelar suami isteri dalam istiadat akad nikah di Istana Abdulaziz.
Selamat Diijab Kabul
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim yang diperkenankan oleh Sultan Pahang menjadi wakil rasmi Baginda di majlis tersebut.
Pada istiadat akad nikah itu, kedua-dua pasangan diraja itu tampak segak dan manis mengenakan baju melayu dan baju kurung berona putih.
BERITA TRENDING: Fatiya Latiff Dedah Bakal Dirikan Rumah Tangga Tahun Hadapan, Dapat 'Green Light" Dari Ibu Bapa
BERITA TRENDING: Ronaldo Kumpul 9.71 Juta Pengikut Sehari Buka Saluran YouTube, Beri ‘Hint’ Sudah Kahwin
BERITA TRENDING: Isteri Rasa Diperguna Pelumba F1, Ralf Schumacher Mengaku G*y Lepas Sedekad Kahwin
BERITA TRENDING: Akibat Kahwin Lain, Wanita Nekad Robohkan Rumah Bekas Kekasih
Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta seluruh keluarga Baginda berdua pula dilihat mengenakan sepersalinan berwarna kuning diraja.
Selepas selesai akad nikah, FD Izham dibawa menunaikan solat sunat ke kamar khas disusuli dengan perarakan masuk Tengku Afzan ke mahligai pelamin.
Kemudian pengantin lelaki berarak masuk semula ke mahligai pelamin bagi menyempurnakan Istiadat Menyarung Cincin.
Doa kemudiannya dibaca oleh Mufti Negeri Pahang sambil menyaksikan Tengku Afzan sebak mengalirkan air mata diikuti dengan bondanya, Tengku Ampuan Pahang yang kelihatan tidak mampu menahan rasa sedih melepaskan anakanda perempuan Baginda.
Terdahulu, Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada tiga hari iaitu 22, 23 dan 25 Ogos ini.
Majlis akad nikah akan diikuti berinai Jumaat ini dan bersanding pada Ahad.
Sumber: Kosmo!