Viral

Isteri Rasa Diperguna Pelumba F1, Ralf Schumacher Mengaku G*y Lepas Sedekad Kahwin

gempak
Maliah Surip
19/08/2024
15:55 MYT
Sponsor Banner
Isteri Rasa Diperguna Pelumba F1, Ralf Schumacher Mengaku G*y Lepas Sedekad Kahwin
Bekas isteri kepada Ralf Schumacher mengaku dirinya seperti dikhianati dan tidak berguna selepas pelumba Formula One (F1) tersebut mendedahkan dirinya kini seorang gay.
Menurut Cora, pelumba Jerman itu sekurangnya patut menghargai diri dan perkahwinan yang mereka pernah tempuh bersama.

BERITA TRENDING: Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?

Schumacher dan Cora berkahwin selama 14 tahun sejak 2001 sebelum bercerai pada 2015.
“Sekurangnya hargai saya sebagai salah satu keputusan yang pernah diambil dalam hidupnya. Itu namanya menghormati.
“Dengan apa yang dilakukannya sekarang saya rasa telah membuang masa, dikhianati dan tidak berguna sepanjang perkahwinan kami,” Cora kepada media tempatan.
Kenyataan tersebut merujuk kepada pendedahan yang dibuat Schumacher mengenai orientasi seksnya sekarang.
Schumacher secara terbuka menjalin cinta sesama jenis menerusi foto mesra bersama pasangannya, Etienne di atas sebuah bot sambil menikmati matahari terbenam yang dikongsikan dalam akaun Instagramnya pada bulan lalu.
“Perkara terbaik dalam hidup adalah apabila anda memiliki pasangan yang boleh berkongsi suka dan duka,” tulis pelumba tersebut.
Cora juga mendakwa Schumacher sebelum ini sering menafikan dakwaan dirinya sebagai seorang gay sewaktu masih mendirikan rumah tangga.
“Sewaktu karier bersama F1, memang terdapat banyak khabar angin tentang dirinya seorang gay. Saya tanya dan dia menafikannya. Dia malah mengatakan saya suka berimaginasi serta memerlukan bantuan pakar sakit jiwa,” dedah Cora.
Hasil perkongsian hidup pasangan ini memiliki anak lelaki yang menyokong 100 peratus bapanya bercinta sesama jenis.

BERITA TRENDING: Wanita Ini Kahwini Lelaki Gay Sebab Nak Tutup Mulut Keluarga – “Aku Tahu Je Dia Gay Dari Awal Lagi”

BERITA TRENDING: Jodoh Dengan Suami Bekas Gay – Bahagia? Kalau Dia Boleh Berubah...

BERITA TRENDING: [VIDEO] Nabil Aqil Teringin Pegang Watak ‘Gay Boy’ - “Kepada Penerbit Di Luar Sana, Jangan Takut Nak Ambil Saya…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live