Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Tengok Kuku & Rambut Dah Tahu Sangat Hensem" - Nabila Razali Kongsi Foto Selepas Bersalin, Ceria Diulit Bahagia!

Amri Hassan 28/12/2024 | 04:30 MYT
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali akhirnya tampil berkongsi beberapa keping foto bersama permata hatinya selepas selamat bersalin pada 23 Disember lalu.

BERITA TRENDING: Nabila Razali, Suami Selamat Timang Anak Lelaki

Menerusi hantaran di media sosial, kelihatan Nabila dan suami, Nik Eruwan teruja dan gembira di samping bayi mereka.
Jelas juga terpancar rasa bahagia pada wajah pasangan itu ketika mengendong cahaya mata pertama mereka.
Sepertinya hantaran Nabila itu antara perkongsian yang dinanti-nantikan peminat selepas mengumumkan telah selamat bersalin awal minggu ini.
"Akhirnya Bella post pun. Setiap satu jam mesti scroll IG dengan TikTok Bella sebab nak tunggu post. Rindu. Tahniah dan selamat berpantang," demikian antara komen yang ditulis warganet.
Malah, ada juga yang teruja dan tidak sabar melihat wajah anak pasangan itu.
"Tengok kuku dan rambut dah taw saaangat hensem .. Tahniah Bella dan asben," tambah pengguna media sosial lain.

BERITA TRENDING: Nabila Razali Gemuruh Sambut Bayi Sulung, Tetap Bekerja Meski Menghitung Hari – “Saya Cuba Berehat Tapi…”

BERITA TRENDING: Tengah Sarat Mengandung Pun 'Power', Netizen Puji Nyanyian Nabila Razali - “Ni Lagi Better Daripada...”

BERITA TRENDING: Ikut Petua Orang, Janna Nick Pernah Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki - "Saya Terdesak Nak Baby"

Untuk rekod, Nabila dan Nik Eruwan telah berkahwin pada 18 November 2023.
#Penyanyi #Anak #Bersalin #Nabila Razali #Nik Eruwan
;