Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Tengok Tu Dah Boleh Makan, Senyum” - Anak Selamat Jalani Pembedahan, Isteri Shahrol Shiro Luah Rasa Syukur

Mya Amri 02/10/2021 | 02:45 MYT

Anak pelawak terkenal, Shahrol Shiro, Ismail Rifqi yang berusia 10 bulan selamat menjalani pembedahan akibat masalah buah pinggang kronik di pusat perubatan.

Berita itu dimaklumkan isterinnya, Nor Farhanah Shamimi atau Anna menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.

Menerusi foto Ismail yang di muat naik, anna juga meluahkan rasa syukur kerana pembedahan itu berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana telah mendengar doa hamba-hamba mu.

“Alhamdulillah pembedahan Ismail berjalan dengan lancar dan Ismail akan terus ke ward.

“Terima kasih pada semua yang telah mendoakan urusan Ismail. Terima kasih pada yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa kalian,” tulisnya.

A post shared by Anna Hana (@anna_danisha)

Menerusi hantaran di Insta Story miliknya pagi tadi, Anna memaklum Ismail kini sudah boleh tersenyum dan makan.

“Terima kasih semua yang dah mendoakan kesihatan Ismail. Tengok tu dah boleh makan kemudian dah senyum,” coretnya.

BACA: Anak Jalani Pembedahan Buah Pinggang Pagi Ini, Shahrol Shiro Mohon Doa

Terdahulu, Ismail Rifqi, 8 bulan dimasukkan ke hospital pada awal September lalu kerana tidak sihat. Bagaimanapun selepas itu doktor mengesahkan Ismail hanya memiliki satu buah pinggang sejak dilahirkan.

#Shahrol Shiro #pembedahan #Buah Pinggang #Ismail #Isteri Shahrol Shiro #Pembedahan Anak #Penyakit Kronik
;