Laman Utama

“Tentunya Dia Sangat Comel & Itu Membuatkan….” - Suami Senaraikan Keperibadian Raysha Rizrose Yang Memikat Hati

Asyikin Mayudin
23/02/2023
08:50 MYT
Sponsor Banner
“Tentunya Dia Sangat Comel & Itu Membuatkan….” - Suami Senaraikan Keperibadian Raysha Rizrose Yang Memikat Hati
Selama 10 tahun menyulam cinta, pelakon Raysha Rizrose menganggap suaminya yang juga usahawan dan pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri sebagai inspirasi dalam hidupnya.
“Selama ini, dia (suami) sentiasa menjadi inspirasi dalam hidup saya. Dia sentiasa mendorong saya menjadi lebih baik,” kata Raysha.
Manakala Nabil pula menganggap Raysha sebagai wanita yang banyak menyuntik semangat selain hatinya terpikat dengan kebijaksanaan isteri tercintanya itu.
“Dia sentiasa ada ketika saya memerlukannya. Di saat berada di tahap paling bawah dan sedih, dialah yang tak pernah berpaling daripada saya. Kebijaksanaannya juga menambat hati saya.
“Dia seorang yang memahami dan matang. Malah kualiti lain yang mencuri perhatian saya ialah dirinya memang pandai membawa diri, sentiasa santun dan menghormati orang.
“Tentunya, dia sangat comel dan itu yang buat saya jatuh hati dengannya. Dia juga jujur dan ikhlas dalam setiap apa dilakukan,” kata Nabil Jeffri.
Bersyukur cinta semakin mekar sehingga ke saat ini, Nabil Jeffri berkata Raysha juga selama ini begitu memahami jadual dan tuntutan kerjanya.
“Ada ketika saya perlu berada di luar negara kerana urusan kerja, dia umpama begitu dekat dengan diri ini menyokong dari kejauhan.
“Syukur, jodoh dan cinta kami mekar serta erat hingga ke saat ini. Moga hubungan ini kekal ke jannah,” kata Nabil Jeffri.
Terdahulu, pasangan ini melangsungkan pertunangan secara tertutup pada 22 Disember, tahun lalu dan akhirnya disatukan sebagai suami isteri pada Rabu di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar