Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

“Terima Kasih Juga Doakan Bell’s Palsy Yang…”- Faye Kusairi Selamat Lahir Bayi Perempuan

Syafiqah Jalal 15/12/2020 | 03:18 MYT
Pelakon Faye Kusairi selamat melahirkan bayi keduanya pada Ahad lalu.
Faye yang baru menghidap Bell’s Palsy itu bersyukur kerana dia dan bayi perempuan berada dalam keadaan sihat.
“Assalamualaikum, saya ingin berkongsi berita gembira kepada semua.
“Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak perempuan kami pada hari Ahad lepas. Syukur ke hadrat Ilahi juga, saya dan baby berada dalam keadaan sihat. Harini saya dan baby sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah,” katanya.
Faye berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Isteri kepada pengarah Azmi Hatta itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya yang baru menghidap Bell’s Palsy seminggu yang lalu.
“Terima kasih buat semua yang tak putus2 doakan kebaikan dan kesihatan saya berkenaan dengan Bell’s Palsy juga selama beberapa hari ni.
“Maaf, saya belum mampu nak attend semua komen mahupun DM. Saya akan cuba juga update from time to time regarding my progress as well as keadaan saya berpantang nanti,” katanya lagi.
Faye juga meminta izin untuk berehat sebelum dia bersedia berkongsi wajah anaknya.
“I will share gambar baby soon bila sudah betul-betul bersedia ya? Buat masa ni, izinkan saya dan baby berehat dan gain back my energy during these few days berpantang,” beritahunya.
Faye dan Azmi berkahwin pada 9 April 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

A post shared by ???? ??????? ???????? (@fayekusairi)

#pelakon #Anak #Faye Kusairi #Bersalin #Baby #Bell's Palsy
;