Laman Utama
"Terima Kasih Kepada Yang Sponsor" - Abang Viva Selesai Bersanding Selepas 2 Bulan Nikah!
‘Hero banjir’ yang terkenal dengan aktiviti sukarela bencana, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar selamat bersanding dengan pasangannya Eva Noza Zakaria dalam satu majlis yang meriah kelmarin.
Azwan dalam akaun Facebook miliknya semalam menzahirkan rasa syukur apabila majlis perkahwinannya selesai serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang menaja barangan dan perkhidnatan pada hari bahagianya.
"Alhamdulillah, selesai dengan majlis perkahwinan saya.
"Terima kasih kepada yang sponsor (disenaraikan satu persatu) majlis kami semua ahli keluarga, rakan terutama ahli keluarga yang banyak membantu majlis kami,” katanya.
Menerusi perkongsian itu, dia telah menyatakan nama berserta tagging akaun Facebook satu persatu yang menaja perkahwinannya termasuk ahli keluarganya sendiri.
Turut berkongsi foto serta video sepanjang majlis perkahwinannya yang mana mempelai memakai busana berwarna ‘rose gold’.
Kemas kini itu mendapat perhatian warga maya yang rata-rata mengucapkan tahniah dan gembira melihat mereka diraikan dengan penuh meriah.
Sebelum ini sempat dihambat kontroversi perkahwinan yang didakwa tidak mendapat restu keluarganya.
Terdahulu pasangan ini melangsungkan majlis pernikahan secara ringkas di Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Tengah di Ayer Keroh di sini pada 14 Oktober lalu yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua pasangan berkenaan.
Azwan sah menjadi suami Eva Noza menerusi sekali lafaz dengan mas kahwin RM150 dan wang hantaran RM8,888 berserta sebentuk cincin serta beberapa hadiah iringan.
Must-Watch Video