Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
Amri Hassan
17/11/2024
11:19 MYT
Sponsor Banner
Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.

BERITA TRENDING: Suara B40! Pasangan Kaartik-Rekka Tambat Hati Netizen Di Media Sosial - "Biasanya Kami Buat Video Lepas Pukul 10 Malam Sebab ..."

Ketua Pegawai Eksekutif ASIA, Datuk Abd. Rahman Soltan berkata, anugerah tersebut menghimpunkan bakat dan pengaruh digital dari pelbagai latar belakang budaya, dengan tujuan untuk meraikan serta memberi penghargaan kepada individu yang membawa impak positif dalam dunia digital Malaysia dan antarabangsa.
“Dengan lebih 300 juta pengikut di seluruh Asia, ASIA 2024 bukan sekadar acara sambutan, tetapi adalah sebahagian daripada visi besar untuk menghubungkan Asia melalui pengaruh digital.
“Kami membina rangkaian pengaruh yang dapat melahirkan inspirasi, membina kreativiti dan mempereratkan hubungan antara budaya.
“Misi utama adalah menyediakan platform memanfaatkan kekuatan media sosial dalam membawa perubahan positif di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

Dalam majlis yang bakal berlangsung Disember depan, pempengaruh dari Jepun, Korea, Indonesia, Filipina, Vietnam, Taiwan, Thailand dan Malaysia bakal berentap dalam 13 kategori yang dipertandingkan.
Selain malam gala penganugerahan, peserta yang terdiri daripada pempengaruh dengan jutaan pengikut bakal menjalani aktiviti seni dan budaya selama tiga hari di Melaka.
Malah, anugerah yang memasuki edisi kedua tahun ini juga selari dengan kempen Tahun Melawat Melaka 2024, menonjolkan keindahan dan kepelbagaian budaya Malaysia kepada seluruh Asia.
Tambah Abd. Rahman lagi, ASIA2024 menonjolkan misi untuk memajukan industri pengaruh digital di Asia sambil mendorong pembangunan sosial yang lestari.
“Anugerah ini bukan sahaja tentang meraikan pencapaian individu, tetapi ia adalah usaha untuk membentuk masa depan yang lebih berhubung dan lestari.
“Kami mahu para pempengaruh dan jenama mencipta kempen yang bukan hanya menarik perhatian, tetapi memberi inspirasi kepada generasi muda untuk mencipta impak yang berkekalan.
“Dengan wawasan yang berpandangan jauh ini, kami berharap ASIA akan menjadi platform yang menyatukan budaya dan memperlihatkan potensi besar pempengaruh Asia di mata dunia,” katanya.
Dalam pada itu, ujar Abd. Rahman, ASIA2024 juga merupakan platform penting bagi setiap pempengaruh media sosial bertemu peminat di Malaysia.
“Selain itu, ia dapat mengembangkan rangkaian persahabatan antara pempengaruh itu sendiri," katanya.
Untuk info, ASIA edisi pertama yang berlangsung tahun lepas mengiktiraf pempengaruh terkenal Indonesia, Ahieb Reborn yang berjaya menggondol anugerah utama sebagai Pempengaruh Media Sosial Terbaik.
Dengan kemenangan itu, Ahieb berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah USD10,000 (RM47,300) berserta trofi.
Sementara itu kategori Suntingan Terbaik dimenangi Hermansyah dari Indonesia yang membawa pulang hadiah wang tunai USD3,000 (RM14,200) beserta trofi, manakala kategori Penyampai Cerita Terbaik USD1,000 (RM4,730) dimenangi Tikaolaa (Indonesia), dan trofi Pilihan Orang Ramai dibawa pulang oleh Syellaisk (Indonesia) bersama wang tunai USD1,000 (RM4,730).
Tambah mengagumkan, tanda pagar #AllStarInfluencerAward2023 berjaya mendapat lebih 205juta capaian di aplikasi Tiktok dan tular di pelbagai platform media sosial dalam tempoh satu tahun sahaja.
INFO
Ditubuhkan pada 2016, Aston Creative adalah organisasi yang pernah menganjurkan pelbagai acara tempatan dan antarabangsa.
Bermula satu idea kecil untuk mengumpulkan semua pembikin kandungan kreatif, ia akhirnya dikembangkan menjadi acara berprestij di peringkat antarabangsa.
Aston Creative mempunyai satu sasaran besar iaitu menjadikan platform All Star Influencers Award (2024) ini sebagai satu jenama antarabangsa yang dianjurkan secara tahunan bukan sahaja di Malaysia, tetapi seluruh dunia.
ASIA 2024 akan menyampaikan 13 anugerah menerusi kategori penghasilan kandungan kreatif terbaik sempena dengan empat hari berlangsung acara berkenaan.
1. Best Gourmet Story Award (Individual) 2. Best Storyteller Award (Individual) 3. Best New Mixed Dance Award (Group) 4. The People’s Choice Award (Individual) 5. Best Culture Curator Award (Group) 6. Best Comedy Maestro Award (Individual) 7. Best Mixed Language Award (Group) 8. Best Dress Award (Individual) 9. Best Selangor Compilation Award (Group) 10. Best Negeri Sembilan Compilationaward (Group) 11. Best Transition/Editing 12. Best Content Creationaward (Individual) 13. Best Influencer Award (Individual)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024