"Terjerit Keluar Anak Tekak, Terkinja-Kinja ..." - Netizen Labelkan Nyanyian Rapper Wanita Ini Macam Seksaan Kubur!
Sepotong video yang memaparkan seorang penyanyi rapper wanita tempatan terjerit-jerit ketika membuat persembahan di atas pentas sebuah festival muzik rap berjaya mencuri perhatian wargamaya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh seorang individu di platform X, dapat dilihat wanita itu bersemangat menyanyikan bait-bait lirik lagu tersebut sambil diselang-selikan dengan gaya nyanyiannya yang terjerit-jerit.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menghentam teknik nyanyian wanita tersebut sehingga ada yang menganggap seperti mendengar suara seksaan di kubur.
"Macam dengar seksaaan kubur sia.
"Aku kalau pergi show mana-mana, kena tengok performance macam ni. Aku cari organizer pergi bantai depa. Si*lan bagi platform kat n*tang cenggini sedangkan banyak lagi talent kat luar sana yang tak dapat peluang.
"Macam witch dalam lef4dead dah ni kalau aku dengar suara menangis aku lari dulu, ya ampun kak art berat ko ni.
"Jerit lepastu loncat-loncat apabenda.
"Kena rasuk ke tu?"
"Takat-takat jerit keluar anak tekak pastu terkinja-kinja atas stage aku pun boleh buat
"Aku seru rappers semua buat lagu elok sikit, tengelamkan scene underground camni, mostly sampah je, tolonglah yg support tu tolonglah ada taste sikit," kritik beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 1 juta tontonan di Platform X.