Viral

Guru Mengaji Usia 67 Tahun Curi Kubah Emas Masjid Bernilai Hampir RM1 Juta

gempak
Maliah Surip
13/03/2024
21:34 MYT
Sponsor Banner
Guru Mengaji Usia 67 Tahun Curi Kubah Emas Masjid Bernilai Hampir RM1 Juta
Beberapa hari lalu sebuah masjid di Maluku, Indonesia telah kehilangan kubah emas dengan ukiran kalimat Allah akibat dicuri.
Kubah tersebut diperbuat daripada emas seberat 2.6 kilogram. Nilai kubah emas tersebut hampir mencecah RM1 juta iaitu sekitar RM906,000 ribu.
Selepas kes kecurian tersebut dilaporkan, pihak polis akhirnya berjaya menangkap si pencuri.

BERITA TRENDING: Viralkan Muka Pencuri Stok Barang Berniaga, Aeril Zafrel Dituduh Sebarkan Aib - “Ya Dia Buat Salah,…

Identiti pencuri tersebut kemudian dikongsikan pihak berkuasa selepas dia ditahan bersama barang bukti iaitu kubah emas seberat 2.6kg, tangga kayu, penutup muka, baju, seluar, paku dan besi serta manik-manik dari kubah emas yang telah tercabut.
Pencuri tersebut merupakan seorang warga emas berusia 67 tahun. Dia merupakan seorang guru mengaji.

PILIHAN PEMBACA: Influencer Curi Brokoli, Penyangkut Baju Di Pasar Raya Di KLCC Kena Denda

Menerusi siasatan yang dijalankan, guru mengaji itu mencuri kubah emas Masjid Al-Huda di Kabupaten Buru, Maluku kerana terdesak menanggung terlalu banyak hutang.
“Dari pengakuan suspek memberitahu mencuri kerana banyak hutang,” ujar wakil pihak berkuasa seperti dilaporkan Detik.com.
Kehilangan kubah emas tersebut disedari seorang penduduk kampung yang sedang minum di kediamannya yang menghadap masjid tersebut. Dia berasa ada sesuatu yang janggal sebelum menyedari kubah emas masjid tersebut telah hilang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024