Hiburan
Terlalu Banyak Fitnah, Dewi Tampil Beri Penjelasan - “Sejujurnya Saya Lebih Rela Untuk…”
Usahawan, Dewi mengambil langkah untuk menutup mulut sejak namanya terpalit dengan isu rumah tangga pempengaruh terkenal sosial media, Jofliam dan Cik Epal baru-baru ini.
Menurut Dewi, sekiranya boleh dia tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu ini.
Namun, selepas terlalu banyak fitnah dilemparkan keatas dirinya, dia memilih untuk tampil menjelaskan perkara sebenar.
“Sejujurnya saya lebih rela untuk mendiamkan diri sebab ini melibatkan rumah tangga mereka.
“Biar mereka yang selesaikan sendiri tapi disebabkan isu ini sudah bertambah teruk, saya difitnah jadi saya harus bersuara untuk bersihkan nama saya dengan menceritakan hal sebenarnya,” katanya kepada Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Apa, Saya Dah Selesaikan Tanggungjawab Saya” - Jofliam
ARTIKEL BERKAITAN: Cik Epal Mohon Maaf Soal Isu Tak Jaga Iddah - “Saya Akan Perbaiki Kelemahan, Siapa Je Kahwin Nak Bercerai…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Selagi Bukan Zina…” - Netizen Nasihat Cik Epal Untuk Perbaiki Hubungan Bersama Jofliam
ARTIKEL BERKAITAN: EKSKLUSIF: Jofliam Nafi Guna Kontroversi Rumah Tangga Sebagai Taktik Marketing! - "Saya Tak Perlu Semua Itu Dari Dulu..”
Pada masa sama, Dewi atau nama sebenarnya Emira DelyatI Dewi turut memberitahu dimana dia tidak terasa dengan tomahan yang diberikan oleh netizen kepada dirinya.
“Ada yang panggil saya penyondol, perosak rumah tangga.
“Mereka DM, komen, Whatsapp saya panggil saya macam-macam tapi saya tak peduli pun sebab saya, Jofliam, Cik Epal tahu saya bukan seperti itu.
“Jadi,apa sahaja yang mereka katakan tidak memberi kesan kepada saya,” ujarnya.
Saksikan temu bual penuh di GMW: Motif Trending