Kemelut rumah tangga pempengaruh media sosial, Jofliam dan Cik Epal akhirnya berakhir dengan penceraian.
Malah Jofliam yang juga merupakan pengusaha pizza Wagyu ini memaklumkan dia sudah menyelesaikan semua tanggungjawabnya.
Dalam pada itu, Jofliam juga sebelum ini berkongsi momen bersama anak lelakinya iaitu Han dengan kapsyen ‘talk man to boy untuk terakhir’.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan isterinya, malah pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.
Jofliam mendedahkan dia telah melafazkan taklik sekali dan masih menunggu keputusan mahkahmah untuk mengesahkan status rumah tangganya.
Kemudian, tular pula swafoto memaparkan Jofliam bersama seorang staf perempuannya yang dipercayai Dewi.
Namun, Jofliam yang terkenal dengan Pizza Wangyu menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Dewi seperti yang didakwa ramai.