Berita

Terlibat Dengan Kes Curi, Dua Bekas Pekerja Datuk Seri Aliff Syukri Berjaya Ditahan Pihak Polis

Rozaimi Zubaidi
24/01/2018
08:03 MYT
Sponsor Banner
Terlibat Dengan Kes Curi, Dua Bekas Pekerja Datuk Seri Aliff Syukri Berjaya Ditahan Pihak Polis
Polis menahan dua bekas pekerja Pengarah Urusan D'Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang dipercayai terbabit mencuri wang tunai dan barang kemas isterinya bernilai RM100,000 pada 18 Jun tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt S. Somu berkata, suspek berusia 20 dan 40 tahun itu ditahan di rumah mereka di Pandamaran, Klang, pada Isnin.
Suspek adalah pasangan suami isteri yang mempunyai hubungan dengan dua bekas pembantu rumah Aliff Syukri yang sudah didakwa pada pada 5 Julai tahun lalu, katanya.
"Pada 18 Jun 2017 jam 4 petang, isteri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid telah membuat laporan polis berkenaan pembantu rumahnya yang dipercayai terlibat dengan kecurian dalam rumahnya.
"Ekoran laporan tersebut, pihak polis telah menangkap dua orang suspek dan mereka telah dituduh (di mahkamah).
"Dua hari lepas, pihak polis menangkap dua lagi suspek warga Indonesia, seorang lelaki dan seorang perempuan, yang dipercayai terlibat dalam kes ini.
"Kedua-dua suspek kini direman sehingga 4 Feb," katanya.
Somu berkata, hasil rampasan daripada suspek termasuk satu beg tangan berjenama serta barang kemas bernilai RM25,000 yang dipercayai milik Nur Shahida.
Wang tunai RM2,000 turut ditemui daripada suspek, tambahnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.
Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar