Hiburan
Termuat Naik Gambar Free Hair, Adira Salahudi Mohon Maaf - "Sesiapa Tengok, Jangan Sebarkan"
Pempengaruh media sosial, Adira Salahudi tampil membuat permohonan setelah tersilap memuatnaik foto tanpa berhijab di akaun Instagramnya.
Minta jangan sebar
Menerusi hantaran di Instagram Story, Adira meminta agar hantaran sebelumnya itu dipadam dan tidak disebarkan bagi sesiapa yang sempat ‘screenshot’.“Salam semua. Terima kasih bagi yang ambil berat tentang posting Dira tadi. Dira mohon sesiapa yang tengok, jangan sebarkan. Dira tersilap post.
“Kalau ada sesiapa yang screenshot mohon padam ya. Terima kasih korang,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan khuatir dengan keadaan pempengaruh tersebut.
BERITA TRENDING: Datuk Red Tak Pernah Nak 'Singkirkan' Datin Red Dalam Perkahwinan, Anggap Diri Tiada Jodoh
BERITA TRENDING: "Hari Ni Hari Ke-5 Kami Couple" - Datuk Red & Adira Kembali Bercinta?
BERITA TRENDING: Adira Beri Bayangan Mahu Rujuk Dengan Datuk Red? - “Nak Kahwin Dengan Awak Sahaja”
BERITA TRENDING:Leo Jia Hui Ditemui Selamat!
“Kenapa Adira? kenapa? kecewaa gila.. kalau influencer lain aku kisah sebab yang lain memang jenis pakai tudung balut rambut je. Dulu sebelum kava rava jual tudung macam harini elok je bertudung, bila dah kaya raya hasil jual tudung, hilang pulak tudung kau. Speechless! Sorry Adira, i cancel u terus! kan support dah lepas ni.
“Kenapa pula up story tudung hilang.
“Marketing ke? masa dia post baru 8 minit. Bukan Adira kot tu.
“Caption nya pun gitu. Are you okay kak Dira,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, Adira memuat naik foto ‘free hair’ dan tidak bertudung di sebuah kedai pakaian kanak-kanak dengan mengenakan pelitup muka.
Di dalam hantaran tersebut, ‘caption’ Adira juga mengundang tanda tanya tentang kehamilan cahaya mata ketiganya.