Skip to main content

Berita Tempatan

Leo Jia Hui Ditemui Selamat!

astro_gempak-(100)_1.jpg

Kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemui selamat.

Mangsa, Albertine Leo ditemui di satu lokasi di Batang Kali, Selangor dalam keadaan selamat.

Penemuan itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebentar tadi.

Semalam Polis Johor menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes kehilangan mangsa.

Susulan tangkapan tiga suspek, kehilangan mangsa diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

Sementara itu di Johor Bahru, tiga suspek termasuk seorang wanita yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun Sabtu lalu, direman empat hari.

Satu sidang media Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berhubung kes berkenaan akan diadakan jam 11 pagi ini.

Sumber: Berita Harian

Must-Watch Video

Advertisement