Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

Firdaus 18/09/2024 | 13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Susulan penularan kes tersebut, mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang latar belakang di sebalik syarikat tersebut.
Berikut merupakan serba sedikit maklumat tentang GISB:

Apa itu GISB?

GISB atau GISBH adalah singkatan kepada nama syarikat Global Ikhwan Sdn. Bhd dan Global Ikhwan Services and Business Holdings.

Syarikat Bumiputera Islam itu diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad (bekas pemimpin Al-Arqam yang telah diharamkan kerajaan) sejak dari tahun 2000.

Kini, Datuk Haji Nasiruddin Mohd Ali merupakan Pengerusi Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif di GISB Holdings.

Antara anak syarikat GISBH ialah Ikhwan TV, Rangkaian, Bakeri GISB, Restoran dan Katering, Industri GISB, Harta dan Pembangunan GISB, Perundangan & Perkhidmatan GISB dan GISB Medicare.

Kes GISB

Pada Rabu lalu, media melaporkan 20 premis pusat jagaan dan rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISB diserbu polis.

Dalam serbuan Op Global itu, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun, selain menahan 171 individu yang mengendalikan premis terbabit untuk siasatan lanjut.

Menurut laporan polis, hasil siasatan mendapati antara kegiatan yang dilakukan di 20 premis berkenaan adalah mangsa diajar melakukan perbuatan meliwat yang turut melibatkan kanak-kanak.

Cara Penderaan Oleh GISB

Dikatakan pelbagai bentuk penderaan fizikal dilakukan sejak 10 tahun yang lalu di dalam rumah kebajikan yang bernaung di bawah syarikat tersebut.

BERITA TRENDING: Ahli GISBH Mengaku Tidak Bersalah, Mohon Ikat Jamin Ringan Kerana Baru Timang Anak Ke-10

BERITA TRENDING: Diisytihar Musuh Selepas Keluar GISB, Bekas Jemaah Cerita Perit Hidup Tiga Tahun Dipisah Anak Isteri - "Fikiran Didoktrin, Mereka Ditempatkan Di Negara ..."

BERITA TRENDING: Banyak Baik Daripada Buruk, Betty Banafe Minta Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada GISB - “Saya Bangga GISB Wujud Kerana…”

BERITA TRENDING: Eksploitasi Kanak-Kanak, Agama: Modus Operandi GISB, Kanak-Kanak Dididik Cara Meliwat, Diliwat - KPN

Berikut adalah bentuk penderaan yang dilakukan rumah kebajikan berkenaan menurut sumber:

#Viral #Jenayah #Tular #Kes #Liwat #GISB
;