Laman Utama

Tertembak Kru Sampai Mati, Faktanya Alec Baldwin Sedang Bercakap Di Telefon

Maliah Surip
02/02/2023
13:55 MYT
Sponsor Banner
Tertembak Kru Sampai Mati, Faktanya Alec Baldwin Sedang Bercakap Di Telefon
Aktor dan penerbit Alec Baldwin didakwa sedang bercakap di telefon sewaktu insiden tertembak mati kru di set penggambaran filem Rust di Mexico, Oktober tahun lalu.
Fakta tersebut terkuak selepas Baldwin didakwa secara rasmi menembak seorang ahli sinematografi filem, Halyna Hutchins. Hutchins meninggal dunia di hospital selepas insiden tak sengaja itu.
Dalam laporan media tempatan, Baldwin didakwa bercakap dengan salah seorang ahli keluarga di telefon sebelum melepaskan tembakan sewaktu latihan menggunakan senjata api yang sepatutnya hanya prop, menurut dokumen yang dikeluarkan penyiasat persendirian Robert Shilling.
“Jika Baldwin tidak terganggu sewaktu menjalani latihan bagaimana menggunakan senjata api dengan betul, tanpa menghalakan ia ke arah Hutchins, dia mungkin boleh mengelakkan tragedi itu,” katanya seperti dilaporkan CNN.
Shilling juga mengatakan Baldwin sedar tentang peraturan utama sewaktu menggunakan senjata api iaitu tidak boleh menghalakannya kepada sesiapa jika tidak mempunyai niat untuk menembak.
Dokumen yang sama mengandungi beberapa pertuduhan lain termasuk tidak menggunakan senjata api replika seperti yang dijadualkan sewaktu latihan dan memakai perisai serta memiliki tahap keselamatan yang baik di set penggambaran.
Peguam yang mewakili Baldwin, Gutierrez-Reed memberitahu mereka akan ‘melawan’ di mahkamah.
Jika disabitkan bersalah, Baldwin boleh dikenakan penjara sehingga 18 bulan dan denda sebanyak RM21,300.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar