Viral
Tertipu Pakej Travel Ke Korea Selatan TikToker Popular, 10 Pelanggan Buat Laporan Polis - "Kami Rasa Diperdaya"
Seramai 10 individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan yang dikendalikan pempengaruh dan usahawan membuat laporan polis hari ini.
Mereka mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan oleh pempengaruh dikenali sebagai Kim Seri yang menawarkan pakej selama lima hari dengan harga kira-kira RM4,000.
Pekerja Swasta, Muhamad Nur Ezwan Azazian, 42 berkata, dia membuat tempahan pakej pelancongan itu pada Oktober lalu.
"Namun saya dimaklumkan pakej tempahan saya dibatalkan namun sehingga kini saya tidak mendapat semula pulangan wang yang dijanjikan.
"Kali terakhir saya dihubungi oleh pengendali pakej berkenaan adalah ketika bayaran terakhir dibuat, sehingga kini saya masih belum menerima sebarang perkembangan berhubung wang tempahan yang dibatalkan," katanya ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
BERITA TRENDING: Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”
Sementara itu, Pengurus Swasta Nur Syuhadah Aminudin, 27, berkata, dia bersama 26 individu lain berdepan mimpi ngeri ketika menyertai pakej pelancongan kendalian pempengaruh berkenaan.
"Kami pergi pakej pelancongan dengan membuat tempahan melancong ke Korea Selatan bersama kumpulan pejabat terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran seperti penginapan, makanan, pengangkutan dan tiket penerbangan.
"Hotel yang dikatakan ditempah oleh individu itu bertukar sebanyak empat kali.
"Hotel kami ditukar lagi sekali sewaktu tiba yang terletak berjauhan dari ibu negara dan memakan masa perjalanan selama dua jam dari Seoul," katanya.
Menurutnya, mereka tidak disediakan tiket penerbangan pulang dan kargo seperti yang dijanjikan.
"Majikan kami terpaksa mendahulukan duit simpanannya sebanyak RM15,000 untuk membawa kami pulang ke tanah air.
"Tujuan laporan polis dibuat adalah untuk menuntut jumlah kerugian dan merasakan kami diperdaya kerana janji pakej pelancongan tidak disedikan," katanya.
Terdahulu, tular di laman sosial video luahan seorang individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan Kim Seri atau nama sebenarnya, Seri Azlina.
Perkongsian wanita itu mengundang pelbagai reaksi dengan rata-rata bersimpati dan meminta mangsa membuat laporan polis.
Menyedari hal itu, Kim Seri menerusi Insta Story (IG) dekat akaun Instagramnya (IG) semalam yang dia akan mengeluarkan kenyataan rasmi di akaun laman sosialnya nanti berhubung isu tular yang mengaitkan dirinya.
BERITA TRENDING: Kecoh Kes 'Tipu' Trip Ke Korea, Kim Seri Mohon Maaf - "Semua Tunggakan Akan Dibayar Sebelum Atau pada 1 Februari 2025"
Semalam, Kim Seri menerusi IG Story memohon maaf dan memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan bayaran kepada pelanggan terkesan daripada trip pakej pelancongan tertunda sebelum atau pada 1 Februari tahun depan.
Sumber: Harian Metro