Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Teruja Tonton Filem Biografi Rossa, Siti Nurhaliza Beri Bayangan Bakal Buat ‘Kejutan’ Sempena 30 Tahun Dalam Industri - “Mungkin Dapat Inspirasi, Bahan Semua Dah Kumpul..”

Umirah Halim 17/10/2024 | 21:55 MYT

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa teruja apabila dijemput untuk menghadiri malam gala tayangan perdana filem biografi ‘All Access To Rossa 25 Shining Years’.

Bukan itu sahaja, Siti turut memuji usaha yang dilakukan Rossa dalam berkongsi perjuangan dirinya sebagai anak seni menerusi filem.

Menurutnya, filem seperti ini wajar ditonton oleh seluruh peminat seni tanah air termasuk anak seni.

"Saya melihat ini sebagai satu biografi yang patut ditonton oleh seluruh peminat seni tanah air, malah anak-anak seni kena tengok juga.

“Biasanya, biografi ini akan dibuat apabila orang itu sudah tiada. Tapi sekarang tidak. Artis antarabangsa dan ramai lagi yang dah buat dokumentari semasa mereka masih ada. Jalan cerita dan sumber lebih diperakui.

"Usaha ini sangat bagus sebab dia ada peminat dekat seni. Jadi seorang anak seni bukan mudah dan kami dah lalui banyak cabaran dan dugaan,” katanya ketika ditemui Gempak sewaktu malam gala tayangan perdana filem tersebut.

Kejutan buat peminat?

Dalam masa sama, sempena hampir 3 dekad dalam industri, Siti turut memberi bayangan bahawa dia akan melakukan ‘kejutan’ buat peminat.

"Saya hampir 30 tahun dalam industri. Dokumentari ni ada banyak. Saya teruja nak tengok Rossa punya dokumentari sebab nak tahu kehidupan dia sebagai anak seni dan seorang wanita.

“Mungkin boleh dapat inspirasi. Saya tengah kumpul idea sempena 30 tahun saya dalam industri. Bahan semua dah kumpul. Setiap orang pasti berbeza,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Kekal Tersenarai Antara 500 Muslim Berpengaruh, Siti Nurhaliza Anggap Penghargaan Selari Dengan Usaha Bantu Palestin - “Saya Ada Tanggungjawab Di Sana…”

BERITA TRENDING: “Takut Tapi Kena Kuat…” – Siti Jamumall Harus Jalani Prosedur Cuci Kandungan, Tak Ada Rezeki Timang Anak Ketiga Disebabkan Molar Pregnancy

BERITA TRENDING: John Legend Sifatkan Siti Nurhaliza & Yura Yunita Penyanyi Hebat, Teruja Ditemani Di Konsert

BERITA TRENDING: “Saya Rasa Berdosa…” - Alya Iman Jawab Spekulasi Berkahwin Hari ini

Sekadar info, All Access To Rossa 25 Shining Years merungkai liku pahit manis perjalanan seni sedari awal penglibatan tahun 1996 menerusi debut Nada-Nada Cinta dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 18 Oktober ini.

Selain menjadi bintang utama, Rossa juga turut menjadi produser eksekutif bersama Irwan D. Mussry, P. Intan Sari, Yahni Damayanti, serta Prilly Latuconsina.

#Filem #Rossa #Nurhaliza #Siti #Inspirasi #bopgrafi
;