Laman Utama

“Saya Rasa Berdosa…” - Alya Iman Jawab Spekulasi Berkahwin Hari ini

gempak
Asyikin Mayudin
21/08/2023
06:50 MYT
Sponsor Banner
“Saya Rasa Berdosa…” - Alya Iman Jawab Spekulasi Berkahwin Hari ini
Perkongsian video memperlihatkan pelakon cantik Alya Iman memakai busana pengantin berwarna putih yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Isnin mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.
Enggan membiarkan ia menjadi salah faham, Alya tampil menjelaskan dia kini sedang menjalani penggambaran untuk koleksi baju pengantin sebuah jenama tempatan.
Malah anak kepada pelakon terkenal Allahyarham Azmil Mustapha itu juga menegaskan dia belum berkahwin dan tiada sebarang majlis pernikahan yang berlaku pada hari ini.
“Penjelasan, sebab saya rasa berdosa… saya tengah shoot kempen untuk Qiszar. Jadi, tidak… saya bukan bakal melangsungkan perkahwinan pada hari ini.
“Tidak! Saya belum berkahwin,” kata Alya menerusi video yang dimuat naik di Instastory.
Terdahulu, Alya pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki berstatus suami orang pada Februari 2020 namun ikatan itu hanya bertahan selama sebulan sahaja.
Alya kemudian menjalinkan hubungan cinta dengan seorang duda kepada dua orang anak yang dikenali sebagai Ridhwan Rosli namun hanya bertahan selama dua tahun sahaja.
BACA SINI: “Saya Terima Dan Tahu Akibat…”- Tampil Dengan Gaun Seksi, Alya Iman Sedia Hadap Kecaman
BACA SINI: [VIDEO] “Tak Kisah Cakap Buruk Tentang Saya, Tapi Bila Nak Libatkan Arwah Babah…” - Isu Buka Tudung, Alya Iman Sedih Nama Arwah Bapa Dipetik
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live