Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Teruk Sangat Ke Content I Buat?” - Lantang Bersuara Isu Palestin, Uyaina Disekat Di Aplikasi TikTok

Firdaus 19/11/2023 | 05:55 MYT
Pelakon dan pengacara Uyaina mendedahkan dirinya telah disekat di aplikasi TikTok secara kekal.
Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, membuat hantaran di Platform X menunjukkan dirinya disekat daripada menggunakan TikTok kerana dianggap melanggar garis panduan komuniti yang telah ditetapkan aplikasi itu.
“TikTok akaun saya telah disekat secara kekal,” tulis Uyaina.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Uyaina turut mempersoalkan sama ada entri yang dibuat sebelum ini terlalu lantang berkaitan Palestin sehingga aplikasi itu mengambil keputusan untuk menyekatnya.
“Asal akaun I kena banned? ‘Teruk’ sangat ke content I buat? Banyak lagi akaun lain yang lagi vokal kot.
“Baru nak post Part 2 dan ada video pasal Nakba juga pending nak post. I rasa kalau I post video pasal Nakba tu, semua akaun baru I buat kena banned,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Uyaina banyak bersuara tentang konflik Israel-Palestin di mana dia mengkritik tindakan rejim zionis membunuh orang awam di Gaza.
Uyaina juga pernah menyelar segelintir rakyat Malaysia yang bersikap neutral tentang isu terbabit.

BERITA TRENDING: Uyaina Naik Angin Ramai Bersikap Neutral Terhadap Isu Pales*** - “Apa Yang Korang Susah Sangat Nak Faham?”

Sumber: Platform X
#Palestin #hiburan #TikTok #Uyaina
;