Laman Utama

Uyaina Naik Angin Ramai Bersikap Neutral Terhadap Isu Pales*** - “Apa Yang Korang Susah Sangat Nak Faham?”

gempak
Gempak
07/11/2023
04:55 MYT
Sponsor Banner
Uyaina Naik Angin Ramai Bersikap Neutral Terhadap Isu Pales*** - “Apa Yang Korang Susah Sangat Nak Faham?”
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad baru-baru ini memuat naik posting menyelar tindakan segelintir rakyat Malaysia yang menyokong Israel.
Menerusi entri yang di buat di akaun Instagram miliknya, Uyaina mengkritik sikap sebahagian rakyat Malaysia yang seakan-akan buta sejarah serta jahil tentang kesengsaraan warga Palestin.
“Assalamualaikum hai, untuk orang Malaysia yang menyokong Israel ataupun yang neutral video ini adalah untuk kau.
“Kau tahu kan yang negara kita Malaysia pun baru je merasa 66 tahun kemerdekaan selepas kita dijajah oleh British. Sekarang ni Israel tu adalah penjajah. Sama seperti setiap negara yang dijajah, kita nak kemerdekaan, kita nak kebebasan begitu jugalah dengan Palestin.
“Dia orang ni adalah resistance, kalau negara kau dah dijajah takkanlah kau nak berdiam diri dan tak melakukan retaliation terhadap penjajahan tersebut.
“Mereka nak bebas dari cengkaman kuku besi Israel, dia orang nak negara dia orang balik, itu je apa yang korang susah sangat nak faham!” katanya dalam video berdurasi lima minit tersebut.
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis, kadar kematian di Palestin telah mencecah 9,500 orang di mana 6,400 orang mangsa terdiri daripada kanak-kanak dan wanita.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live