Tetap Professional Walaupun Bergaduh, Shahida Kongsi Kisah Asam Garam Rumah Tangga Bersama Aliff Syukri - “4 Bulan Tak Bercakap…”
Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid mendedahkan bahawa dia dan suami sentiasa bersikap professional sewaktu bekerja meskipun sedang berselisih faham.
Gaduh tapi profesional
Menerusi perkongsian di akaun TikTok peminat, Shahida juga mendedahkan dia dan Aliff kerap bergaduh sehinggakan tidak berkomunikasi sehingga berbulan-bulan.
“Hari-hari gaduh kalau ada 30 hari sebulan aku gaduh 25 hari tapi bila ada shooting kami sangat professional sahaja, nak peluk mesra macam mana. Lepas shooting sambung gaduh balik.
“Kalau kami tengah gaduh, keluarga datang rumah habis je ibu ayah balik kami sambung semula gaduh.
“Kami pulak dulu kalau bergaduh memang tak bercakap, kadang-kadang berbulan tak bercakap. Baru-baru ini 4 bulan bergaduh tak bercakap,” ujarnya.
undefined
Sementara itu, Shahida juga mendedahkan bahawa dirinya akan mengamalkan silent treatment atau mendiamkan diri ketika berbalah bersama suami.
“Saya silent treatment, dia tak nak pujuk. Kalau gaduh memang lama takkan mengalah berdua.
“Kalau dengan pekerja dia marah dia minta maaf, tapi dengan saya dia tak nak minta maaf saya taktahu kenapa. Apa salahnya minta maafkan. Lelaki memang ego tinggi,” kongisnya lagi.
Sekadar info, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.