Thamiera Chan Mengaku Terasa Dengan Komen Pedas Mas Idayu, Punca Pulang Lebih Awal – “Saya Artis Baharu Memang Terasa Tapi…”
Mengaku Terasa Dengan Mummy
Menurut Thamiera, dia mengakui ada terasa hati dengan Mas Idayu atau lebih mesra disapa Mummy itu selepas mendapat kritikan usai membuat persembahan.“Didi fasal konsert Sumandak Stars dia, saya pula terasa sedikit, tipulah kalau tak terasa sebab kita manusia biasa kan.
“Tapi minggu ini kami cuba buat yang lebih baik,” ujarnya kepada Gempak.
Tak Marah & Dendam
Dalam pada itu, Thamiera yang juga ahli kumpulan The Gadys itu menjelaskan dia tidak mempunyai perasaan marah atau berdendam dengan Mummy sebaliknya mengakui mempunyai hati yang lembut.
“Saya artis baharu, sangat baharu jadi memang ada lah terasa sedikit dengan Mummy tapi benci itu tiada.
“Cuma ada masalah hati iaitu hati tisu, malam itu saja terjadi,” jelasnya lagi.
Mummy Beri Pesanan
Ditanya adakah berhubung dengan Mummy selepas isu tersebut, Thamiera memaklumkan dia tidak ada berhubung dengan penyanyi dangdut itu namun Mummy berharap mereka berdua mampu buat yang terbaik.
“Tak ada (berhubung) tapi Mummy ada cakap dengan Didi seperti ‘Thamiera dengan Didi, minggu ini buat yang terbaik saja, jangan pernah putus asa’.
“Mummy seorang yang baik tapi ketika itu saja saya terasa.
“Ada (kesalahan) sebab kami tak cukup berlatih ketika itu. Minggu ini Insya-Allah cukup," ujarnya lagi.
Pada minggu tersebut, pasangan duo sepupu iaitu Thamiera dan Didi Astillah membawa lagu medley Bang Jono oleh Zaskia Gotik, Goyang Duma nyanyian Cita Citata dan Senggol-Senggolan nyanyian asal Mas Idayu.