Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Thank You For This Cacat Kekal Di Muka Aku, Semoga Allah Balas Seberat-Berat Kifarah" - Nurul Shuhada

Amri Hassan 02/03/2023 | 22:49 MYT

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada kembali mencuri perhatian ramai lewat coretannya di Instagram Stories malam tadi.

Menerusi hantaran terbabit, Shuhada meluahkan isi hatinya termasuk insiden yang terjadi kepadanya pada Khamis.
"Coretan seorang Shuhada. Apa yang dah jadi, Allah memang nak terterakan depan mata yang penyeasalan dari seorang manusia jangan kau ukur dengan janji di mulut, play victim as in dia rasa apa yang dia buat selama ini tak pernah salah.
"Tapi ingatlah! Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu perkara walaupun hanya dedaun yang luruh dari dahan pokok," tulisnya.
Pada masa sama, Shuhada seakan-akan cuba untuk membela dirinya dan memperbetulkan fakta seperti yang dikongsikan beberapa individu yang berkait dengan kes rumah tangganya sebelum ini.
"Never contact again was as bullshit, yang pasti dia punya stalk I baca every comments is a joke haha.
"Hiduplah kau dengan bayang-bayang aku sampai mati, kau takkan tenang. And kalau sekarang baru nak ukur kasih sayang buat anak-anak untuk back up diri jadi manusia bagus boleh buat kau bahagia, teruskan.
"Yang pasti Allah tahu yang tak pernah beli beras. Thank you for this cacat kekal di muka aku. Semoga Allah balaslah seberat-berat kifarah buat anda dan anda.
"Hal ini kerana, ustaz Azhar Idrus mengesahkan mendoakan keburukan untuk manusia yang zalim tidak salah!" tambah Shuhada lagi.
Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.
Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.
Bagaimanapun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada kerana sudah mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.
Namun, Nurul Shuhada dalam perkongsiannya di laman Instagram pula memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.
Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

#pelakon #Viral #cerai #Hafidz Roshdi #Pukul #Nurul Shuhada #Athira Yuhara
;