Hiburan

Tiada Toleransi Terhadap Orang Biadab, Intan Najuwa Enggan Berdiam Diri Bila Fizikal Dikutuk - “Ini Bukan Sebab Bitter Atau…”

Asyikin Mayudin
13/02/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Tiada Toleransi Terhadap Orang Biadab, Intan Najuwa Enggan Berdiam Diri Bila Fizikal Dikutuk - “Ini Bukan Sebab Bitter Atau…”
Pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir orang yang gemar meninggalkan komen negatif terutama melibatkan fizikal.

Fizikal dikutuk

Menerusi Instastory, Intan berkata keadaan fizikalnya ketika berisi dan kini kurus tetap menjadi bahan kritikan netizen.

“Hari itu masa saya gemuk, semua orang kutuk cakap saya macam-macam. Ni bila dah kurus pula ‘eleh beranak anak pertama memang senang kurus balik’, ‘nanti beranak anak dua atau tiga kembang la kau Intan’.

“‘Biasa la anak pertama, saya pun senang kurus balik berat asal’, ‘dulu saya anak pertama pun kurus balik, nanti masuk anak nombor dua tak kurus la Intan’. Betul la manusia memang takkan pernah puas,” kongsi Intan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mudah Panik & Tak Kuat , Intan Najuwa Kagum Dengan Kaum Ibu Jaga Anak Tanpa Pembantu - “Lunara Menangis, Saya Pun…”

ARTIKEL BERKAITAN: Cemas Anak Sulung Ada Kahak, Intan Najuwa Bergegas Bawa ke Hospital - “Doktor Memeriksa Luna Beberapa Kali Supaya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Minum Ais Lepas Habis Berpantang, Intan Najuwa Terus Nak Jadi Kucing - “Semoga Puas Hati Makcik”

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang memintanya untuk tidak melayan komen negatif memandangkan pelakon itu seorang yang mempunyai kelas tersendiri.

Pertahankan diri

Bagaimanapun Intan berasakan dia perlu mempertahankan dirinya kerana enggan bertolak ansur dengan orang yang bersikap biadab.
“Jadi awak rasa saya perlu berdiam diri dan biarkan orang bercakap tentang saya? Ini bukan sebab ‘bitter’ atau menjadi ‘classy’. Saya seorang wanita dan ibu, dan tak seorang patut melalui apa yang saya lalui sekarang.

“Orang-orang macam ini (komen negatif) perlu berhenti tidak menghormati orang lain, walaupun saya seorang yang dikenali. Hanya sebab saya seorang selebriti, tidak bermaksud saya perlu bertolak ansur dengan orang biadab.

“Kalau perkara ini berlaku pada 13 tahun lalu, saya mungkin akan diam. Tapi sekarang, sebagai orang dewasa, saya perlu pertahankan diri dan maruah saya,” katanya.

Kehidupan bahagia

Dalam pada itu, pelakon berusia 27 tahun ini juga mengajak kaum wanita yang mengalami situasi sama dengannya untuk menikmati kehidupan bahagia bersama orang tersayang.

“Jika anda melalui perkara yang sama macam saya, jangan stres! Kita boleh lakukan bersama. Orang akan sentiasa bergosip dan cakap perkara negatif sebab mereka tak gembira.

“Tapi jangan risau, jom kita pergi pilates, minum kopi dan nikmati kehidupan bahagia dengan orang tersayang. Sebarkan kasih sayang dan positiviti sahaja. Tiada ruang untuk negatif,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024