Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

“Tiba Masa Untuk Saya…” - Vivy Yusofi Mahu Berhenti Berkongsi Kehidupan Peribadi Dengan Orang Ramai

Ainun 18/12/2024 | 05:25 MYT

Pempengaruh dan usahawan, Datin Vivy Yusof mendedahkan dia memilih untuk tidak berkongsi lagi kehidupannya kepada orang ramai menerusi semua platform media sosial.

Pilih untuk tukar akaun Instagram kepada akaun peribadi

Menerusi hantaran gambar di Instagram, Datin Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 37, memutuskan untuk menukar mode awam akaun Instagram miliknya kepada mode peribadi pada hari lahirnya.

Keputusan ini dibuat kerana beliau ingin mengubah kebiasaan berkongsi kehidupan peribadinya kepada umum.

“Pada hari lahir saya, saya melakukan sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan saya menjadikan akaun saya peribadi.

“Saya menutup pintu untuk orang mengetahui tentang hidup saya kerana tiba masanya untuk saya melakukannya dengan cara yang berbeza,” katanya menerusi kapsyen di Instagram.

Tidak menyesal berkongsi kehidupan peribadi kepada orang ramai

Terlalu banyak perkongsian kehidupan peribadinya menerusi platform media sosial, usahawan itu mengakui dia tidak pernah menyesal berbuat demikian.

Tambahnya, apa yang berlaku dalam kehidupannya itu merupakan takdir yang perlu diterimanya.

“Saya telah berkongsi, malah terlalu banyak berkongsi, hampir semua bahagian kehidupan saya sama ada baik yang manis mahupun yang pahit dan saya tidak pernah menyesalinya.

“Itulah jalan yang telah ditentukan untuk saya, yang memberikan rezeki kepada keluarga saya dan banyak keluarga lain, InsyaAllah. Proudduck, terima kasih untuk segalanya, kamu akan sentiasa menjadi sebahagian daripada diri saya,” jelasnya.

Cipta banyak kenangan

Pada masa sama, pengasas FashionValet itu sendiri tidak menyangka penglibatannya selama 20 tahun dalam dunia blog telah membuka banyak peluang dalam industri perniagaan.

Baginya, dunia blog juga telah mencipta pelbagai kenangan bermakna, bermula dari zaman belajar hingga kini bergelar seorang usahawan berjaya.

“Hampir 20 tahun yang lalu, saya memulakan sebuah blog yang tidak pernah saya sangka akan membuka begitu banyak pintu peluang.

“Blog itu membawa saya untuk mencipta jenama bersama pasukan yang hebat, dan mengumpulkan sebuah komuniti yang menyaksikan perjalanan hidup saya daripada seorang pelajar universiti, kepada seorang isteri, ibu, dan akhirnya seorang usahawan yang penuh dengan suka dan duka,” ulasnya.

BERITA TRENDING: Tukang Sapu Didenda RM80,000 Sebar, Jual Kandungan Papar Kegiatan 'Swinger'

BERITA TRENDING: Ada Sebab Tangan Kanan Anak Bongsu Shuib Kurang Berfungsi, Anggap Ayash Affan Bayi Ajaib - “Ada Kesan Calar Di Belakang Otak…”

BERITA TRENDING: Predator Seks Yang Ro*ol 158 Mangsa, Reynhard Sinaga Diserang Dalam Penjara

BERITA TRENDING: Disamakan Dengan ‘Bibik’, Atikah Suhaime Anggap Isteri Layan Suami & Urus Rumah Tangga Perkara Normal - “Terlalu Banyak Benda Saya Lakukan…”

Sekadar info, Vivy Yusof dan suaminya, Fadza mengaku tidak bersalah atas dakwaan pecah amanah dengan melakukan transaksi sebanyak RM8 juta di Bukit Damansara pada tahun 2018.

#Instagram #Vivy Yusof #Peribadi #Hidup #Kongsi #Private
;