Hiburan
Tidak Berselindung, Jennifer Coppen Akui Lahir Anak Luar Nikah - “Yang Penting Aku Tak Bunuh Seorang Manusia”
Enggan berselindung, pelakon Indonesia, Jennifer Coppen mengakui dia hamil anak perempuannya iaitu Kamari Sky sebelum bernikah dengan arwah suaminya, Dali Wassink.
Teruskan kandungan
Memilih untuk meneruskan kandungan dan hubungannya, Jennifer berkata dia enggan menambah lagi dosa selepas kekhilafannya hamil anak luar nikah.
“Aku tak memilih untuk menggugurkan kandungan ini kerana saya tahu yang aku dah buat salah iaitu hamil anak luar nikah. Kalau aku gugurkan pula nanti tak tahu macam mana kehidupan aku di masa akan datang.
“Tambahan pula, aku beragama Islam dan menggugurkan anak itu merupakan perkara yang paling ditegah dan dimurkai Tuhan.
“Aku dah banyak dosa dan aku tak akan tambah dosa dengan melakukannya (gugur kandungan). Yang penting aku tidak membunuh seorang manusia,” kongsinya.
Tak bersedia
Malah Jennifer turut memaklumkan arwah Dali juga tidak pernah mempengaruhi fikirannya untuk menggugurkan kandungan pada ketika itu.
“Waktu Dali tahu aku hamil dia tak ada pun cakap, ‘Awak harus gugurkan kandungan ini, saya tak nak anak ini’. Tidak, dia tak cakap pun macam itu.
“Cuma dia cakap yang dia tak bersedia untuk mempunyai anak dan terus menangis,” katanya menerusi sesi podcast bersama personaliti terkenal, Denny Sumargo.
Bercakap mengenai situasi tersebut, selebriti berusia 23 tahun ini mengakui pada mulanya dia mendapat tentangan hebat daripada semua pihak termasuklah keluarganya.
Keluarga kecewa
“Aku memilih untuk tidak berselindung dengan perkara ini kerana sejujurnya ramai yang marah dan menentang sewaktu tahu aku hamil, termasuklah keluarga aku.
“Sudah tentu, ayah aku selaku orang tua kecewa sangat tetapi dalam masa yang sama dia tak bersetuju untuk aku dedahkan kepada umum kerana dia takut dengan penerimaan orang,” ujarnya.
Bagaimanapun, dia memilih untuk memaklumkan tentang kehamilannya kepada umum kerana tidak mahu berdepan dengan situasi yang lebih teruk di kemudian hari.
“Bahkan ‘team’ yang uruskan aku juga tak benarkan sebab mereka takut akan beri impak kepada kerjaya aku. Tetapi aku tetap ambil keputusan untuk kekalkan bayi ini dan tidak akan berselindung tentangnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Kenenkan Dengan Aisar Khaled, Jennifer Coppen; "Biarkan Saya Jadi Janda Hot"
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Fuji, Aisar Khaled Buat Konten Dengan Jennifer Coppen Pula, Ramai Netizen Approve! - “Satu Malaysia Sokong Kalau…”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Kutuk Ketiak Gelap, Jennifer Coppen Amukan - “Lebih Baik Diam, Kunci Mulut”
“Pada aku, lebih baik aku jujur lebih awal daripada berdepan dengan perkara buruk di kemudian hari. Ini salah aku, tapi aku akan berdepan dengannya walaupun ia satu perkara yang sakit untuk ditelan seperti akan dikecam satu Indonesia,” katanya lagi.
Untuk info, Jennifer dan Dali mendirikan rumah tangga pada Oktober 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Kamari Sky.
Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak kekal selepas Dali meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Julai 2024.
@curahanhati912 ♬ Sad song by piano and violin(886018) - NOVA
Must-Watch Video